Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Nur Izzati Hazwani Ahmad Nordzri, Chief Resident, Klinik Siti

Salam Sejahtera Semua Pengguna TAP! Beberapa hari selepas melahirkan, ia mungkin menjadi masa yang paling mencabar bagi ibu-ibu. Tempoh ini boleh menjadi lebih mencabar bagi mereka yang bersalin secara Caesarean atau pembedahan. Walau apa pun kaedah kelahiran yang anda lalui, seorang ibu perlulah mendapatkan rehat secukupnya. Untuk anda yang bakal melahirkan, pastinya anda menginginkan persalinan secara normal. Namun jika terpaksa melalui pembedahan, apa yang perlu anda persiapkan? Bagaimana pula dengan penjagaan selepas melahirkan? Tentunya berbeza dengan bersalin secara normal. Oleh itu, jangan lepaskan peluang anda untuk Sesi Tanya Pakar kali ini. Tanya soalan anda tentang persiapan dan penjagaan selepas bersalin Caesarean bersama Dr Nur Izzati Hazwani Ahmad Nordzri, Chief Resident, Klinik Siti pada 23 March 2023, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus. #SesiTanyaPakar #KlinikSiti #DrNurIzzati #ChiefResidentKlinikSiti

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Nur Izzati Hazwani Ahmad Nordzri, Chief Resident, Klinik Siti
17 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Assalamualaikum doc, saya czer … harini dah masuk 70 hari tapi bila berjalan jauh jalan tak rata terhentak… perut saya masih ngilu lagi adakah luka dalam belum baik ya ? 😅 2) soalan seterusnya saya nak tahu makanan apa yang boleh pulihkan luka dalaman dengan baik … ikan haruan atau pati ikan haruan ? Terima kasih

Baca lagi
1y ago

1. Luka dalam biasanya mengambil masa 2-3bulan untuk sembuh sepenuhnya. Jadi disarankan untuk melakukan aktiviti lasak atau mengangkat barangan berat adalah minimum selepas tempoh 2bulan. 2. Makanan yang tinggi protein adalah sangat digalakkan untuk membantu proses penyembuhan 3. Tiada fakta atau kajian saintifik mengenai kaitan ikan haruan dan proses pemulihan luka dalaman selepas pembedahan.