Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Nur Izzati Hazwani Ahmad Nordzri, Chief Resident, Klinik Siti

Salam Sejahtera Semua Pengguna TAP! Beberapa hari selepas melahirkan, ia mungkin menjadi masa yang paling mencabar bagi ibu-ibu. Tempoh ini boleh menjadi lebih mencabar bagi mereka yang bersalin secara Caesarean atau pembedahan. Walau apa pun kaedah kelahiran yang anda lalui, seorang ibu perlulah mendapatkan rehat secukupnya. Untuk anda yang bakal melahirkan, pastinya anda menginginkan persalinan secara normal. Namun jika terpaksa melalui pembedahan, apa yang perlu anda persiapkan? Bagaimana pula dengan penjagaan selepas melahirkan? Tentunya berbeza dengan bersalin secara normal. Oleh itu, jangan lepaskan peluang anda untuk Sesi Tanya Pakar kali ini. Tanya soalan anda tentang persiapan dan penjagaan selepas bersalin Caesarean bersama Dr Nur Izzati Hazwani Ahmad Nordzri, Chief Resident, Klinik Siti pada 23 March 2023, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus. #SesiTanyaPakar #KlinikSiti #DrNurIzzati #ChiefResidentKlinikSiti

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Nur Izzati Hazwani Ahmad Nordzri, Chief Resident, Klinik Siti
17 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Salam Dr. 1) Saya nak tanya adakah merbahaya jika ibu yang bersalin secara Caesarean mendukung/mengangkat bayi yang semakin membesar. Contohnya semasa mandikan bayi saya duduk diatas bangku kecil. Setelah selesai mandi saya terus mengangkat bayi dari kedudukan duduk di atas bangku sehingga berdiri. Adakah ia boleh menyebabkan luka bahagian dalaman terbuka? 2) Saya dah melahirkan bayi secara Caesarean 8 bulan lalu. Luka luaran sudah sembuh tetapi luka dalaman pastinya ambil masa yang lama. Apakah cadangan makanan atau minuman yang baik untuk membantu menyembuhkan luka dalaman tersebut. 3) Makan ikan haruan segar atau kering boleh menyebabkan organ dalaman melekat antara satu sama lain. Mitos atau benar? Terima kasih.

Baca lagi
2y ago

Terima kasih doktor atas penjelasan 😊