Masa dlm pantang boleh tidur baring mengiring ke x?

Salam saya nk kepastian, nk tau sebenarnya betul ke x dlm pantang waktu baru2 bersalin dlm seminggu dua tu kena tidur menegak atau tegak dan menyandar. Tidur mcm separa duduk tu. Mak saya ajar mcm tu.. Dia x kasi baring menegak atau mengiring sbb katanya rahim belum pulih.. Mmg betul ke? Sbb saya rasa badan sakit la tidur mcm duduk tu. Badan x dpt relax sepenuhnya.. Atau itu utk tips bagi yg bersalin ceaser je? Saya ikut 2 hari je. Lps tu x larat la sakit2 badan. Lg pun masa jaga anak dkt nicu katil dia menegak je x boleh adjust mcm katil wad bersalin..

14 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Ni sy copy dkt fb dr Imelda Balchin Fakta atau Palatau: Doktor, betul ke selepas bersalin tak boleh tidur mengiring, nanti rahim jadi senget? Jawapannya ialah PALATAU. Selepas bersalin, BOLEH tidur mengiring. Rahim ialah memang pun organ dalaman yang mobile iaitu boleh digerakkan ke kiri dan ke kanan, tetapi itu tak penting, sebab ini memang normal untuk rahim wanita. Semua rahim wanita memang pun senget-senget dan bukan pun lurus. Bila kami pakar Gynae buat ultrasound scan, kena ada kemahiran mencari allignment rahim untuk menganalisa dinding di dalam rahim. Jika rahim senget ke kiri, tangan saya pun senget ke kiri, jika rahim senget ke kanan, tangan saya pun senget ke kanan semasa ultrasound scan. Itu perkara biasa. Macam-macam kedudukan rahim yang kami doktor Gynae jumpa tetapi kami tak kata apa pun kepada anda sebab senget ke lurus ke tak penting, macam hidung anda. Yang penting itu fungsinya dan tak ada penyakit. Jadi bila ultrasound scan report tu kata uterus itu normal, ini bermakna saiznya normal dan dinding rahim yang nipis, tak kira lah dia duduk senget ke kiri ke senget ke kanan. Rahim senget-senget ini sebenarnya satu perkara yang normal saja dan bukan pun satu masalah. Jadi ibu-ibu yang baru bersalin tu tak payahlah bimbang kalau nak tidur mengiring. Tiada pun larangan dari pakar-pakar Gynae. Kesimpulannya: selepas bersalin boleh tidur mengiring, rahim wanita memang pun senget-senget. Yang jadi masalah hanyalah leher makcik-makcik bawang yang jadi senget sebab dok menyebok tengok cara ibu tidur. P/S: Tetapi amaran penting, jangan tertidur dengan anak. Pernah ada kes ibu tertidur dan tertindih anak sampai anak meninggal dunia. Nak tidur mengiring boleh, nak menyusukan anak mengiring boleh, tetapi jangan tertidur sambil menyusukan anak dan jangan tertindih di atas anak. Apa yang paling selamat ialah selepas selesai menyusukan anak, letak anak di tempat tidur anak.

Baca lagi
1y ago

sy pon follow doctor imelda❤️

wslm. anak sy dah 3. lepas dah bersalin,mcm² posisi tidur sy,lebih² lg bila bf. kadang terlentang,mengiring,duduk menyandar,ikut situasi. cepat je rahim sy kecut. tak ada bleeding pun,maksudnya rahim ok. nurse check pun ok. tidur ja sis ikut keselesaan. lg pun lepas bersalin ni bukan dpt tidur lena pun. bila ada kesempatan,tidur dgn selesa dan kesesuaian,apa² pun posisi.

Baca lagi

sy pun czer. ni atas bdn sy sendiri la masa awal2 tu tidur mmg separa duduk. sbb xbrani nk bring/mengiring. dan kalau nk ngiring/trlentang kne slow2 lpastu nk bngun balik payah. masuk je hari ke 6 tak dah start sakit bdn,last2 sy baring je mngiring😂 boleh je sis.slow2. pgg apa2 untuk support.

Wassalam.. Tidur la pada posisi yang selesa sis..InShaaAllah xda apa².. badan kita sendiri kita lebih tahu.. jgn seksa diri ya.. jaga emosi sis baik², baru luka dalaman luaran baik 😊 selamat berpantang

Ikut la sis nk baring menonggeng ke mcm mna ke..apa2 sis tgok page dr imelda...org tua2 ni biasalah..diorg pun dpt dri org tua2 dulu jgk...baring je posisi mna2 yg selesa

Dulu tyme pantg, CL ckp x bley tdo mngiring je.. Tp 2 la tyme tdo mne sedar.. mula2 memg la tdo baring lps tu sdar2 mngiring dah.. Asal yg bley je la..

tp czer elok tdok baring mcm biasa jela. dh 2 minggu blh la nk mgiring. tu pun klau lma2 sakit jgk kt prut

VIP Member

boleh..tdo ikut keselesaan kita... kalau bersalin czer lg la rs best nk tdo mengereng sbb mudah nk bngun

sis tgk kt fb Dr Imelda balchin..dia banyak bagi nasihat yg baik untuk prenatal dan postnatal

saya lepas je beranak terus kuak lentang gaya tidur legaaaa rasa tak ada pantang2 😅