POST VACUUM

Hye moms ada x yg bersalin normal tp guna bantuan vacuum?blh thu x sakit tu mkn msa ke?sy bersalin guna bantuan vacuum ,jln dh 10cm ank x nk keluar😅 dia bknnya bsr pn juz 3.4 kg,memandangkan sy ank first,doc ckp nafas sy pendek mcm xpandai nk meneran la.. Nk tanya moms , ada x pengalaman mcm sy?kenapa bila berdiri je rasa mcm something nk terkeluar kt bwh😅 sakit tp tahan camtu je ,time nk kencing tu mmg rasa ngilu🥺 First keluar wad mmg sy langsung x blh nk duduk mcm org lain,tido pn kena mengiring,tp nk bgn tu 15 mnit jgk bru blh bgn,sakit bhgian ekor tulang punggung tu,sakit ya amattt 😣 Seminggu sy baring je,bgn pn time p tandas mandi & tukar pad je,nk menyusu ank & mkn pn kena berdiri..bila bagitau misi sy bersalin vacuum diorang mcm terkejut knpa ye 😅 sbb ada org ckp vacuum ni lg sakit pd caezer & brnk normal,cara penjagaan tu pn kena lebih teliti

3 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Hi sis👋 I bersalin normal but with the help of vaccum. So I ada 2nd degree tear. Reason vacuum due to I dah tak larat nak meneran😅 Banyak sangat sedut gas sampai dah mengantuk. Plus baby dah keluar dahi, gynae I kata sayang kalau nak proceed to czer. Tu yang kena vacuum. But so far my experience tak sama macam u. First day post labor, I banyak tidur sebab after baby I dah keluar tu gynae bagi I ubat tidur sebab I dah tak larat. Tapi first day tu jugak I dah kencing dengan buang air besar. Alhamdulillah tak rasa sakit atau ngilu. Then 2nd day, baru ada tenaga. Nurse pun buat dressing jugak. Gynae I datang check kata jahitan semua okay. I boleh duduk tapi still berhati-hati jugak la. Cuma nak jalan je tak selesa. Kat rumah I boleh tidur mengiring, duduk macam biasa. Tak rasa sakit cuma kurang selesa je. Cara penjagaan macam biasa je. I kerap tukar pad every 2 hours. Setiap kali kencing or buang air besar, I akan lap dengan tisu biar kering. So far ini pengalaman I la.

Baca lagi

Hi awak. Saya pun bersalin normal dgn bantuan vacuum. Jahitan tak besar. Doc gunting sikit je. Baru je bersalin 21/7 hari tu. Kalau pengalaman saya pulak saya tak sakit. Baby saya 3.2kg, saya terpaksa pakai vacuum sebab saya teran dah lama sangat tapi baby taknak keluar. Lepas bersalin saya tidur sbb hisap gas tu banyak sangat. & pain killer buat saya mengantok. Esok nya baru saya bangun. Saya bersalin tu pukul 6 ptg. Duduk mmg tak selesa. Rasa mcm bengkak & tajam benang jahitan tu bergesel dgn kulit. Tapi tak sakit. Saya first day tu terus buang air besar & kecil. Mmg tak sakit sbb nurse ada bagi ubat cair najis. Saya recover dlm masa 2 minggu je jahitan saya dah bercantum & benang dah tanggal. Awak makan banyak buah oren. & pads tukar every 4 hours. Tapi kalau dah penuh tu belum 4 jam lagi awak tukar je. Jangan biarkan tempat luka tu basah.

Baca lagi

Hi sis. Saya pun bersalin normal + vakum sebab terlalu lama meneran dan pada waktu yg sama sedut gas banyak, tenaga berkurang. Alhamdulillah, saya takde pengalaman sakit sepanjang pantang cuma kadang rasa kurang selesa di bhgn jahitan. Waktu hari ke-4 minta tolong nurse KK check jahitan dan katanya jahitan tkde masalah cuma sebab kukit bercantum tu rasa tak selesa. Lepas hari ke-7 saya ada buat sitz bath tu yg rendaman air garam. Gatal dan sakit mmg berkurangan. Pemakanan pula mmg fokus pada buah oren dan banyakkan minum air. Tukar pad sentiasa and mesti pastikan kering kat bhgn bawah tu. Jalan berkepit ya slowly tp tula kadang lupa hehe. Semoga sis dipermudahkan segala urusan dan semoga cepat sembuh ya

Baca lagi
1y ago

Tqvm dear sis 🥰