Minum Susu Ketika Hamil

Salam.. Saya nak tanya kalau time mengandung kita tak minum sebarang jenis susu takpe ke.. Sebab saya jenis tak boleh minum susu.. Ada apa2 masalah tak kalau kita tak minum susu time mengandung?

18 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
Expert

Salam sejahtera puan. Untuk makluman anda, susu merupakan salah satu makanan yang penting untuk diambil ketika hamil kerana ia merupakan salah satu sumber kalsium yang amat penting untuk pertumbuhan tulang bayi dan kesihatan tulang anda. Bergantung kepada penyebab anda tidak boleh minum susu, sekiranya disebabkan masalah tidak boleh mengambil susu lembu, anda boleh mengambil susu dari tumbuhan atau kekacang seperti susu soya atau susu badam. Selain itu, ambil makanan yang kaya kalsium seperti, sayur-sayuran hijau, badam, ikan sardin dan tauhu. Kekurangan kalsium ketika hamil boleh menyebabkan masalah kepada tumbesaran bayi serta meningkatkan risiko osteoporosis (tulang rapuh) kepada ibu. Anda boleh layari www.DoctorOnCall.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sebarang masalah kesihatan atau bercakap dengan doktor bertauliah secara atas talian. Terima kasih.

Baca lagi
4y ago

Sekiranya sememangnya tidak boleh mengambil sebarang susu langsung, anda boleh menggantikannya dengan mengambil lebih banyak makanan mengandungi kalsium yang lain. Mengenai supplement kalsium, rujuk dengan doktor terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang suplement.

VIP Member

Tak jadik masalah pun dik. Awak boleh ambik calcium dari sumber lain. Jaga pemakanan. Actually susu apa pun doctor suggest utk ibu2 yg ada alahan teruk. Takut tak cukup nutrient so dia suggest la minum susu. Cuma skrg ni dah jadi trend. Kalau awak x boleh minum susu, boleh je jaga pemakanan yg lain.

4y ago

Ouhh.. Tula sebab selalu kalau org pregnant, mesti kena minum susu.. Tu yg takot jugak tu.. Sbb sy jenis xboleh terima susu.. 😁.. Btw terima kasih

Beli ostematrix shaklee untuk supplemen kalsium bg yg xblh minum susu. Bkn semua org sm ketumpatan kalsium tulang dlm tubuh bdn seseorg. Klu kekurangan kalsium boleh membahayakan dr sndr dan bayi. Kesan blh nmpk bl umur kt makin meningkat

4y ago

Welcome 😊 anytime bleh ws if nk thu tntg shaklee😊

Kalau dalam badan tak cukup kalsium baby akan ada masalah lepas lahir. Contoh bila baby dah tumbuh gigi. Gigi dia akan cepat rapuh. Sis nak ke gigi anak ada masalah lepas lahir nnt. Jangan pentingkan diri. Nanti menyesal

4y ago

Yang penting ada. Sebab menggantikan susu. Jangan tak ada apa2 pengganti susu untuk dapatkan kalsium dalam badan.

VIP Member

Sy anak pertama minum bby besar sampai xleh nk normal. 3.81, anak Kedua makan ubat yg semua cukup x minum susu pun bbg 3.51 bby lahir normal, ni tgh tgu ari pun x minum susu. Alhamdulilah OK je

4y ago

Kalsium mmg ambik

VIP Member

sy x de masalah untuk minom susu sebelom preggy .. tp bila dah preggy ni .. klo mnom susu nak pulak yg fullcream jadi sembelit .. payah nak mequas..

Sy Pon sma.. xboleh minum susu RSa nk muntah Dr kecil lagi xminum.. soya Pon pksa minum sikit2... Tp susu dutchlady yg berperisa sy boleh minum..

4y ago

Ya kotak pink... Boleh minum.. tpi utk org hb low x digalakkan.. sbb Makin low nnti

Sy sejenis xblh minum susu dri dlu.preggy pun sy x minum tp sis blh try beli supplements tambahan dan juga makanan kena seimbang

4y ago

Okay2.. Terima kasih 😁

VIP Member

Sy mmg x minum susu.. Sejak pregnant ni sy amalkan minum susu kambing khalish coklat + kurma & amik pil kalsium shaklee..

4y ago

Sedap kannn.. Rse nak minum lg jer.lg2 perisa coklat..

VIP Member

sy dr kecik smp ke beso x mnm susu..tp demi bby..dlm prt ni..sy mnn je susu..tp mnm cpt² xley slow..nt nk wekkk

4y ago

Sama sis demi c bby trpaksa mnm susu, tapi kalau mnm tu mau trusss🤣 ndak boleh slow2x