Minum Susu Ketika Hamil

Salam.. Saya nak tanya kalau time mengandung kita tak minum sebarang jenis susu takpe ke.. Sebab saya jenis tak boleh minum susu.. Ada apa2 masalah tak kalau kita tak minum susu time mengandung?

18 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
Expert

Salam sejahtera puan. Untuk makluman anda, susu merupakan salah satu makanan yang penting untuk diambil ketika hamil kerana ia merupakan salah satu sumber kalsium yang amat penting untuk pertumbuhan tulang bayi dan kesihatan tulang anda. Bergantung kepada penyebab anda tidak boleh minum susu, sekiranya disebabkan masalah tidak boleh mengambil susu lembu, anda boleh mengambil susu dari tumbuhan atau kekacang seperti susu soya atau susu badam. Selain itu, ambil makanan yang kaya kalsium seperti, sayur-sayuran hijau, badam, ikan sardin dan tauhu. Kekurangan kalsium ketika hamil boleh menyebabkan masalah kepada tumbesaran bayi serta meningkatkan risiko osteoporosis (tulang rapuh) kepada ibu. Anda boleh layari www.DoctorOnCall.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sebarang masalah kesihatan atau bercakap dengan doktor bertauliah secara atas talian. Terima kasih.

Baca lagi
6y ago

Sekiranya sememangnya tidak boleh mengambil sebarang susu langsung, anda boleh menggantikannya dengan mengambil lebih banyak makanan mengandungi kalsium yang lain. Mengenai supplement kalsium, rujuk dengan doktor terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang suplement.