Susu badan

salam, saya nak bertanya.. walaupun saya bekerja disiang ari, tp wktu mlm saya masih mahu beri ank susu badan. persoalan nya breast saya lembik saja, walaupun tidak pam.. tp bila picit dia kelua susu. adakah itu tanda susu saya akan kering? sebab mlm walaupun ank bf tp saya tengok dia mcm tk kenyang then saya bg susu formula dia laju..

2 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

1. Kalau tak pam waktu kerja lama2 mmg susu akan kering 2. Minum susu formula mmg laju sbb pakai botol susu n baby tak perlu susah2 hisap sgt

6y ago

Kalau tunggu breast bengkak, lg cpt susu kering. Lgpun bila bengkak, susu awal tu cair. Tak naikkan berat baby. Kena pam setiap 2-3 jam. 😁 Sy pun dulu tunggu bengkak, rupanya kena konsisten pam. Lg kerap ada rangsangan, lg byk susu dihasilkan.

Maybe akan kering klu tak pump dan baby tak kerap menyusu. Banyakkan makan makanan berkhasiat dan jangan skip makan untuk tambah susu badan.