Breastfeeding support

Salam hi, saya baru bersalin 19hb okt. Selepas checkup hari ketiga baby, berat turun mendadak dari berat masa dia lahir. Family and doktor suggest utk campur susu formula. Rasa berat hati masa nak campur susu formula, tapi sebab risaukan anak terpaksa campurkan juga. N sekarang walaupun susu badan tak banyak rasa nak cuba start df semula, nak stop susu formula. Tapi tiap kali bagi , family selalu cakap anak tak kenyang sebab susu tak bnyak,kena juga bagi susu formula. Rasa down sangat , org sekeliling tak support utk fully bf. Walaupun anak setakat ni, dia ok je direct feeding dengan hisap botol dalam masa masa. Cuma lepas direct feeding mesti dia menangis macam tak cukup susu, family terus suruh bancuh susu formula. Tiap kali jadi macam ni mesti rasa down sangat. Tak tahu nak luah dekat siapa. Rasa stress semua ada.

6 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Saya pun ada masalah sama. Saya bersalin 14/10 awal sikit dari sis. Mula2 df tapi baby tak pandai isap dengan betul sampai puting saya luka. Stop df kejap and terpaksa bagi fm sebab kesian baby lapar. Bila dah start bagi fm, nipple pun dah okay saya start pump pulak. Bila pump baru tahu susu badan saya tak meriah. Sudahnya sampai hari ni memang kena bagi fm and dalam masa sama saya pump susu badan and still df jugak. Tiga benda ni dah jadi rutin saya. Memang rasa down bila kita sendiri tahu yang baby tak kenyang bila df sebab susu tak banyak that’s why nak tak nak kena bagi fm jugak. Down, stress, sedih semua ada tapi nak buat macam mana kan.

Baca lagi
3y ago

sy alami situasi yg sama. susu bdn x meriah & cair. sy positif je pump & df. lama2 susu pekat & bila df susu memancut.