Breastfeeding support

Salam hi, saya baru bersalin 19hb okt. Selepas checkup hari ketiga baby, berat turun mendadak dari berat masa dia lahir. Family and doktor suggest utk campur susu formula. Rasa berat hati masa nak campur susu formula, tapi sebab risaukan anak terpaksa campurkan juga. N sekarang walaupun susu badan tak banyak rasa nak cuba start df semula, nak stop susu formula. Tapi tiap kali bagi , family selalu cakap anak tak kenyang sebab susu tak bnyak,kena juga bagi susu formula. Rasa down sangat , org sekeliling tak support utk fully bf. Walaupun anak setakat ni, dia ok je direct feeding dengan hisap botol dalam masa masa. Cuma lepas direct feeding mesti dia menangis macam tak cukup susu, family terus suruh bancuh susu formula. Tiap kali jadi macam ni mesti rasa down sangat. Tak tahu nak luah dekat siapa. Rasa stress semua ada.

6 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

saya masa check kuning hari ke 4 kot masa tu, berat baby turun jugak.. Dr cakap normal berat turun, asalkan tak lebih 7% turun, macam baby saya masa tu 8% kot, tp still Dr nak tengok trend berat esoknya ada naik ke tak.. saya masuk kelas bf sebelum bersalin, LC dah bagitahu 5-7hari pertama, baby minum tak sampai 10ml pun, jadi tak perlu risau kalau pam pun susu nampak sikit sangat.. ada orang bila perah, memang ngam2 je dengan demand baby, nanti baby makin besar, susu tu pun akan ikut makin banyak.. macam saya baby jenis siang cluster feeding, minum sejam pun tak kenyang2, tp sebab saya picit, ada je lagi susu, jd saya teruskan je bf.. malam dia minum sikit je 5-10 minit dah kenyang, jadi try guna tracker dekat TAP ni, rupanya purata dia minum dalam sehari tu normal je mcm 2-3 jam sekali, 30 minit sekali minum.. susu daripada awal2 dulu sikit sangat, tgh bulan dah dapat 1oz untuk setengah jam, sekarang tak pam, cuma tadah je pun boleh dapat 3oz, sebab ikut demand daripada baby yg dah makin kuat minum.. jadi saya rasa penting tuk ibu2 masuk kelas bf dan belajar serba sedikit, supaya tak mudah rasa down..

Baca lagi

kalau bby sis ada kunin elok campur susu bdn n fm bg bnyk berak.. kdng2 susu bdn kita ad.. cuma set dkt minda kita nak susu n kita ad susu utk smpainank 2 thun.. in shaa Allah susu ada.. cuma jgn stress2.. layan ja.. anak bru lahir mmg kerap nangis n kerap juga nak susu bg ja.. kdg2 nges bukan sbb nk susu ja.. kdg pempers penuh ke,, perut angin ke,, blh jd sakit dkt bhgian pusat ke.. bby berat mesti akan turun juga biasa la bru lahir kan.. sy ank ke 3 turun dari berat asal trus kena pg refer ke hospital n admit 1 mlm.. tp, lps keluar tu elok ja berst naik n naik,, cuma kunin dia prolog jaundice.. so, sy cmpur kan susu fm sebb nk bg bnyk berak.. sy sulam juga bf.. n nti dh bebas prolog jaundice tu.. sy trus kan susu bdn ja.. pasl org ckp susu sis x ckup ke apa ke buat x tau ja.. apa yg terbaik utk ank biar la kita yg buat kptusn.. doakan ank sy bebas kunin ya..

Baca lagi

klau i, i tak kesah apa kata org, yg pnting kita sndiri tau apa yg tbaik utk anak kita, nak bg dua2 pun ok, df or formula, asalkan bby sihat, tak sembelit, kembung kurang, itu dh memadai, i pn mngalami situasi yg sama, bby mnyusu then after mnyusu mmg akan mngs, pastu tambah formula 1oz baru dia stop merengek, sometime kita kena tau buat analisis jgk bnda ni, nak kena tau brapa Oz bby mnyusu setiap 2 jam, lbih2 lagi yg mix df dgn formula, mcm i, susu i mmg 1oz sekali bby mnyusu, then ikt umur bby dh 2 bln mmg sukatan setiap 2 jam akn jd 2oz, so kdg2 i bancuh 2oz formula, kdg2 tu i bg 1oz formula selebihnya df smpai la dia kenyang hehehe ni part mnyusu ja la.. anyway smoga dipermudahkan urusan sis..be positif inshaAllah okay yg pnting bby u membesar dgn baik .

Baca lagi
2y ago

betul. sy pun buat mcm tu. kena tahu baby minum berapa oz sampai kenyang. kalau nak df sy buat susu fm 1oz. kalau x bg 2oz terus baby tido.

Saya pun ada masalah sama. Saya bersalin 14/10 awal sikit dari sis. Mula2 df tapi baby tak pandai isap dengan betul sampai puting saya luka. Stop df kejap and terpaksa bagi fm sebab kesian baby lapar. Bila dah start bagi fm, nipple pun dah okay saya start pump pulak. Bila pump baru tahu susu badan saya tak meriah. Sudahnya sampai hari ni memang kena bagi fm and dalam masa sama saya pump susu badan and still df jugak. Tiga benda ni dah jadi rutin saya. Memang rasa down bila kita sendiri tahu yang baby tak kenyang bila df sebab susu tak banyak that’s why nak tak nak kena bagi fm jugak. Down, stress, sedih semua ada tapi nak buat macam mana kan.

Baca lagi
2y ago

sy alami situasi yg sama. susu bdn x meriah & cair. sy positif je pump & df. lama2 susu pekat & bila df susu memancut.

cuba check tangisan anak. paham maksud tangisan anak. mybe dia bukan nangis sbb tak ckup susu. pedulikan org lain. awk yakinkan suami cukup. support dr suami je.ahli lain tak penting sbb bukan sama2 besarkan anak awk. bg susu bdan dulu smpai breast kosong dua2 belah. normal klau baby nangis masa lepas dr breast kita sbb tuu salah satu comfort props dia. pujuk baby dulu. tgok sign dia lapar lg ke tak. kadang dia nangis sbb kita pisahkan dr breast je. ibarat kita ambik sesuatu yg buat dia rasa selamat/ selesa

Baca lagi

boleh buat urutan lancar susu. minum air barli, mkn pucuk betik atau pucuk bebuas. air red dates pon boleh. mkn durian pon boleh seulas utk byk kn susu.

2y ago

Betul. Sy lepas panggil orang untuk urut lancar susu, baru sy ada susu banyak.