Breastfeeding support

Salam hi, saya baru bersalin 19hb okt. Selepas checkup hari ketiga baby, berat turun mendadak dari berat masa dia lahir. Family and doktor suggest utk campur susu formula. Rasa berat hati masa nak campur susu formula, tapi sebab risaukan anak terpaksa campurkan juga. N sekarang walaupun susu badan tak banyak rasa nak cuba start df semula, nak stop susu formula. Tapi tiap kali bagi , family selalu cakap anak tak kenyang sebab susu tak bnyak,kena juga bagi susu formula. Rasa down sangat , org sekeliling tak support utk fully bf. Walaupun anak setakat ni, dia ok je direct feeding dengan hisap botol dalam masa masa. Cuma lepas direct feeding mesti dia menangis macam tak cukup susu, family terus suruh bancuh susu formula. Tiap kali jadi macam ni mesti rasa down sangat. Tak tahu nak luah dekat siapa. Rasa stress semua ada.

6 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

saya masa check kuning hari ke 4 kot masa tu, berat baby turun jugak.. Dr cakap normal berat turun, asalkan tak lebih 7% turun, macam baby saya masa tu 8% kot, tp still Dr nak tengok trend berat esoknya ada naik ke tak.. saya masuk kelas bf sebelum bersalin, LC dah bagitahu 5-7hari pertama, baby minum tak sampai 10ml pun, jadi tak perlu risau kalau pam pun susu nampak sikit sangat.. ada orang bila perah, memang ngam2 je dengan demand baby, nanti baby makin besar, susu tu pun akan ikut makin banyak.. macam saya baby jenis siang cluster feeding, minum sejam pun tak kenyang2, tp sebab saya picit, ada je lagi susu, jd saya teruskan je bf.. malam dia minum sikit je 5-10 minit dah kenyang, jadi try guna tracker dekat TAP ni, rupanya purata dia minum dalam sehari tu normal je mcm 2-3 jam sekali, 30 minit sekali minum.. susu daripada awal2 dulu sikit sangat, tgh bulan dah dapat 1oz untuk setengah jam, sekarang tak pam, cuma tadah je pun boleh dapat 3oz, sebab ikut demand daripada baby yg dah makin kuat minum.. jadi saya rasa penting tuk ibu2 masuk kelas bf dan belajar serba sedikit, supaya tak mudah rasa down..

Baca lagi