Sunat bayi lelaki

Salam nak tanya. Siapa ada pengalaman sunat bayi lelaki? Nak tanya... 1. Masa khatan die bius baby ke? Tak bahaya ke kalau bius? Kalau tak, kene pegang baby kuat2 ke? 2. Susah tak nak jaga? Saya baca senang je and cepat sembuh. Share ye pengalaman anda kalau ada. Saya berniat nak sunat anak saya sekarang 3 bln demi kebersihan dan kesihatan walaupun dapat tentangan makcik makcik yg kata nanti anak takde pengalaman bersunat dengan kawan2.

2 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
Super Mum

Waalaikumussalam wbt... Saya baru lepas sunatkan anak lelaki saya 4bulan... Memang niat kalau dapat anak laki nak sunat awal... Sebelum nak sunat dah bincang dengan suami taknak bagitau sapa2 termasuk family , sebab kalau bagitau memang dorang takkan bagi... Bergantung kepada klinik tu sunat jenis mana... Jenis "ring", "laser" atau yang lain saya tak pasti. Macam klinik yang saya p doktor buat kaedah "laser"... Doktor akan cucuk ubat bius dulu... Ubat tu tahan setengah jam... Dalam tempoh tu doktor akan buat semua la... Anak saya memang nangis ja sepanjang prosedur tu.. Maybe sebab rimas orang pegang kaki tangan dia... Prosedur tu tak lama mana pon dalam 10 minit macam tu jaa... Kalau kaedah laser kena jahit tapi sikit ja, dan benang tu akan hilang sendiri... Lepas ubat bius habis memang anak nangis jaa sebab sakitkan... Bagi susu, letih dia tidur... Doktor ada bagi ubat tahan sakit dan antibiotik... Kena makan on time la ubat tahan sakit tuu... Anak dirumah memang saya tak pakai pampers sebab nak cepat kering.. Siang malam memang tak pakai... Bentang ja toto, dan saya beli kertas lapik biru macam di hospital tu buat lapik takut anak poo poo... Memang kena selalu lap la kalau anak kencing... Kelebihannya anak lelaki ni kencing boleh renjis2 lap2 jaa... Hari pertama dan malam pertama ja memang tak boleh buat apa... Meragam sikit... Malam ke 2 hari ke 2 alhamdulillah dah okey sikit... Tidur pon lena... Macam anak saya dah boleh pusing meniarap so memang kena selalu tengok... Kadang dia pusing jugak... Kita yang risau takut dia sakit... Tapi tengok dia okey jaaa😅... Dalam 3 hari dah kering... Tapi seminggu jugak tak pakai pampers sebab nak betul2 kering dan elok... Dan ada follow up diklinik 2x lepas bersunat tuu... Lepas bersunat baru bagitau family, semua macam pelik jaaa😂... Tanya kenapa buat awal, ada masalah ka anak tu😅... Takda beza pon sunat anak awal ka lewat, nak jaga sama jugak, baby cara baby, kena jaga kencing & poo poo dia... Besar kena jaga makan pantang dia... Doktor kata kalau di Arab, seminggu dorang dah sunatkan anak... Sekarang dah lepas 2minggu anak saya sunat... Alhamdulillah semua okey... Sihat... Better sis prepare apa2 yang perlu dirumah siap2... Takda nanti kelam kabut macam saya 😊... Apa2 semoga dipermudahkan segala urusan sis yaa....

Baca lagi
2y ago

Cari klinik yang sunat guna "ring"... So boleh pakai pampers....

VIP Member

Bagi saya, elok khatankan ketika dia sudah besar. Tapi itu semua terpulang pada kamu