HB SEMAKIN DROP

Salam mommy. Saya bru 15 mnggu. 4 hri lepas check hb drop dari 13 ke 10.9. Harini check drop lagi dari 10.9 ke 10.1 . Saya check wktu petang lepas makan . Logike eh drop byk sgt dlm msa 4 hri ja . P/s saya juga baru tukar ubat makan yg 4 serangkai ( vitc , iron, acid folic dgn vit b complex) dri KK tu . 😭

6 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

logik sbb hb mmg takkan statik. stress, pemakanan, kurang rehat mmg boleh jadi punca hb drop. cuba tanya doktor mcm mana sbb masa booking dulu (10 minggu) hb sy 11.8, doc suruh makan ubat iron tablet tu 2x pg & mlm. sebelum tu sekali sehari. sy makan 2 jam sebelum atau 2 jam selepas makan. Alhamdulillah skrg 25w, hb sy 13.6. awk boleh cuba makan iron tablet tu sebelum tidur, minum dgn air lemon/limau nipis kosong tanpa gula. boleh cuba makan buah2 tinggi vit c, bayam merah, daging merah. harap membantu.

Baca lagi
1y ago

Phhh mcmtuuuu… terimakasih byk sis. InsyaAllah sy akn cuba πŸ₯Ή

Normal sbb sy pn keep menurun, wlupun jga makan etc. so sy try n error je apa yg boleh di makan utk naikkan hb. Sbb lain org lain penerimaan badan.. try la apa semua pulun dah ttp hb sy drop, last skali sy try pula susu wildan + kurma + ubat doctor.. Alhamdulillah naik. So sis kena try n error mn yg boleh naikkan hb sis

Baca lagi

Waalaikumusalam..sis makan ikan bilis/brokoli/bayam/sayuran hijau/meat bebanyak…saya makan mcm tu jugak alhamdulillah maintain

Boleh saya tahu apa yang puan makan dan minum? Pemakanan boleh efek hb juga

hb awak check sendiri ka? atau misi kk check.

mnum ubat tambah darah tu 2 biji sehari