Lendir coklat tu spotting ke? Normal ke?

Salam mommies. Ni first pregnancy saya, harini dah hari ke 5 saya keluar darah coklat campur darah merah sikit. Setiap masa kena pakai pantiliner. Sejak ada pendarahan ni, simptom mual2 / sensitif bau saya pun hilang. Kalau ikut perkiraan, saya dah 7weeks. Ada yg berpengalaman mcm ni? Normal ke? Risauuuuu 🥺🥺🥺

21 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

awak risau tapi kenapa awak tak bertindak🫠🫠. dah 5hari awak. allah. ramai dah mommy tanya soalan mcm awak dkt app ni. dan ramai juga dah yg share pengalaman masing2. setiap condition mommy tak sama. hanya doctor yg boleh advise kndungan awak okay atau tak. jawapan utk soalan awak TAK NORMAL. NORMAL pregnancy tak berlaku apa2 spotting/bleeding sbb dh berlaku persenyawaan dlm rahim awak. segera bertindak. pergi hospital/klinik swasta segera.

Baca lagi
3y ago

most wc awak. tak semestinya awak kena ke klinik swasta. awak boleh terus pergi hospital atau kk. alhamdulillah lega dengar. semoga kandungan awak baik2 sahaja sehingga awak bersalin nnt🥰