Luahan hati
Salam mommies nak tanya pendapat saya ni sensitif ke kalau mcm ni. Saya tak sempat mandi dan bagitau la husband. Dia jawab 'orang anak 5,6 boleh je buat'. Kisahnya anak no 2 saya baru 4 bulan demam. Memang fokus pada dia je. Asyik merengek kena layan. Sulung pulak 5 tahun nak makan minum kena sedia. Nak kena layan emosi dia jugak. Kalau tak merajuk. Memang saya tak sempat mandi la. Husband boleh cakap macam tu🥲 Saya pun baru baik dari demam. Sakit badan pun bangun juga jaga anak. Tapi bila husband cakap ayat mcm tu saya sedih. Saya nak tahu saya je ke sensitif. Kalau husband mommies cakap mcm tu ok ke?