Susu drop kerana bekerja
Salam mommies. Anak saya baru 2 months tapi susu saya drop sebab dah start bekerja dan hantar anak ke mak mertua seharian. Jumpa dia lepas balik kerja sahaja 2 jam dan pulang ke rumah semula sebab naik motor ulang-alik. Selalu saya pam malam, untuk bagi esok pagi. Pam waktu kerja untuk bagi waktu malam. Dulu boleh dapat 12oz - 15oz sekali pam sekarang cuma 5oz je (campur dua dua belah). Sebab stres bekerja atau demand susu tak tetap. Tak tahu lah. Ada tips banyakkan susu? Saya dah try macam macam booster masih sama.