Sakit celah kangkang tak boleh jalan

Salam mommies. Ada tak yg sama pengalaman mcm saya sakit celah kangkang sampai nak jalan pun susah, kena papah atau bertongkat 😭 Now dah 34 weeks.. Risau keadaan melarat 😢 dah jumpa Dr, kalau keadaan makin teruk mungkin kena fisio.. Boleh share pengalaman x?.#firstmom #pleasehelp

10 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

saya start 4 bulan dah sakit pelvic. pregnant no 2 macam tu no 3 ni pun sama start 4 bulan dah sakit. kena banyak rehat/baring je lah. kalau doc suruh buat fisio tu pergi je, mungkin boleh kurangkan sakit. kdg ada satu masa tu sakit sampai tak boleh jalan, kdg ada hari elok je sakit tapi masih boleh jalan.

Baca lagi
1y ago

sy surirumah tapi masih buat kerja rumah masak kemas rumah semua tu. buat slow2 je la. kalau sakit sampai tak boleh jalan tu saya tak buat lah kerja rumah, suami buat. hehe nak urut pun tak boleh sakit pelvic tu kat dalam. tahan je lah sampai bersalin nanti, lepas 2 - 3 minggu bersalin akan hilang sendiri. utk yg bekerja sy tak pasti, rasanya nak drive kete boleh je kan, kalau keje office okay sikit kan tak banyak gerak, yg kerja2 luar engineer ke apa tak tau lah camne dorg keje 😅

Wasalam. Normal. Saya start 30w dah start sakit celah kangkang, pinggang. Memang sakit tu tak main2. Kalau tengah baring, nak berdiri tu nightmare betul rasa. Saya jalan ok cuma slow sikit lah. InshaAllah takde apa yang perlu dirisaukan. Banyakkan berehat je. Semoga dipermudahkan segala urusan sis 😊

Baca lagi
TapFluencer

Saya 30w ni pun kalau berjalan mmg sakit celah kangkang juga. Scan mmg kepala baby kat bawah dah. Maybe sbab tu la kot. Lagi2 kalau bnyak jalan bila balik rumah pergh mcm nak tercabut rasanya celah kangkang tu. Tido nak pusing dari kiri ke kanan pun takleh kena husband tolong tolak/tarik🤣

1y ago

ye.. sakit sgt, saya boleh berdiri, tapi nak jalan mmg xboleh kalau xda support, skrg guna kerusi ringan buat tongkat utk support 😭 rasa mcm nk guna wheelchair je, nak duduk pun serba xkena sakit pinggang, punggung & celah kangkang.. nak baring mmg kena husband yg bawa naik kaki, kalau x mmg xboleh. nak pusing apatah lagi huhu

sama sy dri 34w celah kangkang dah sakit sangat . scan dri 7 bln kepala bby kat bawah tapi tak masuk laluan lg . skrg dah 36w makin sakit + ngilu2 kat bahagian bawah . 37w bru scan kat kk . harap dah masuk laluan lah .

1y ago

kuatkan semangat jela . set dlm otak sikit hri je lagi . lepastu cuti dah . jln slow slow je ..tak larat sy duduk dan rehat .

Normal puan sebab baby dlm perut kedudukan dia start nak turun maksudnya dia dah nak masuk laluan . Itu yg nurse bagitahu saya

1y ago

same peha brdenyut lg ase nk patah kaki huhuh tggu je la kelahiran smoga dprmudhkan

saya ingat lagi dulu saya 34 weeks meniaga bazar tolong suami.memang sakit giler tpi larat kan je

Sy start sakit mcm tu 7bulan prgnnt . Sampai lah nak beranak ni

elok2 jln puan, kandungan makin berat mmg effect bdn kita..

1y ago

InshaAllah.. thank you 🥺

Sy preggy no 2 kena cmniii nangis2 sbb xleh jalan

saya 24w dah mula sakit macam sis