Preggy 8weeks

Salam, hai semua..nak tanya kalau kita makan buah oren boleh ke tak ya?thank you.

20 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
Expert

Salam sejahtera puan, untuk makluman anda, tiada larangan untuk makan makanan berkhasiat seperti buah-buahan. Anda tidak perlu risau untuk makan buah oren atau mana-mana buah lain. Namun begitu, diingatkan bahawa buah oren adalah bersifat asid dan ia mungkin boleh menyebabkan rasa tidak selesa jika diambil terlalu banyak. Oleh itu, ambil dalam kuantiti yang sederhana sebaiknya setengah jam sebelum atau selepas makan makanan berat. Anda boleh layari www.DoctorOnCall.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sebarang masalah kesihatan atau bercakap dengan doktor bertauliah secara atas talian. Terima kasih.

Baca lagi