susu ibu vs formula
Salam dan selamat sejahtera ibu semua. Ingin bertanya tentang pengalaman semua Anak saya berusia 26 hari dan telah bergantung sepenuhnya kepada susu ibu sejak isteri melahirkan anak. Sehari dua ini ada mencuba Anmum kerana kekurangan susu ibu dan anak saya semakin kuat menyusu saya rasa. Apa yang telah diberitahu isteri tadi, anak telah muntah 2-3 kali dan ada mengeluarkan lendir sedikit. Semasa tidur dia menangis dan setelah dibangunkan muntah dan tidur balik. Soalan saya ialah adakah susu itu tidak sesuai dan berapa lama nak tau samada susu itu sesuai atau tak? Adakah itu tanda yang anak tak boleh minum lagi susu itu? Terima kasih kepada semua kongsi pendapat.
dad of 1 fun superhero