To all mommies

Salah ke kalau saya update pesanan kepada umum dan takda bertujukan kepada sesiapa mengatakan orang yang tidak sihat/kurang sihat dari segi demam/batuk/selesema tidak boleh sentuh baby/anak kecil? Tanpa saya menyebut atau mention anak saya? Hanya mention ‘baby’ sahaja. Dan salah ke saya kata yang penatnya jaga anak time sakit siang malam adalah ibunya? Yang tak cukup tidur adalah ibunya? Salah ke kalau saya update status tersebut? Kalau saya cakap macam tu awak terasa tak mommies walaupun niat saya cakap in general bukan tuju kepada sesiapa? Sedih bila mil marah2 saya update macam tu sebab takut adik beradiknya terasa padahal saya tak tuju pun kepada sesiapa. Even suami saya pun marah2 saya sampai tarik muka. Saya rasa down sangat harini sampai takda siapa bela saya. Rasa useless. Last2 saya terpaksa mengalah delete semua social media saya. Saya dah penat hidup macam ni

15 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

biarlah dia nak terasa. kenapa pun. kita jaga diri kita sendiri dulu. kalau taknak kita ddk dgn org lain, jaga la kita elok2. puan pn jgn peduli ckp org. jaga je diri hati dan fizikal puan dulu.