adakah susu hasil perahan kita sama dengan kuantiti yang baby minum secara BF?
Mommy, saya sedih sangat bila suami cakap "cuba cek dulu susu tu ada ke tak. Main bagi je anak isap lepastu takda lepastu anak nangis. Sejak dia cakap tu saya asyek terpike je n risau kalau susu tak cukup sebab hasil perahan saya sikit. Dalam 1 oz je. Baby dah sebulan. Sebelum ni bagi baby menyusu dia elok je menyusu sampai tertido. Saya yakin je susu saya cukup untuk baby masatu. Bila suami dah kata macam tu setiap kali menyusu saya sedih. Kadang2 saya tak suka suami ada dekat keliling saya masa saya uruskan anak. Setiap kali nak susukan anak mesti cakap macam tu. Sambil menyusu tu saya menangis2 sebab terasa dengan kata2 dia. Ada ke sesiapa yang tahu jawapan kepada soalan saya tu? Tolong saya yee