Mil suka cakap muka baby sama macam muka suami

Mula2 tak kisah pon. Tapi lama2 jadi menyampah sebab ulang banyak kali. Saya berpantang kat rumah mak saya. Jadi setiap masa dia nak video call. Sangat annoying. Sekarang tengah berpantang anak kedua. Saya ni nak pegang phone pon jarang2 sebab nak melayan anak 1st & 2nd ni. Jadi setiap kali mil video call mesti cakap muka baby macam muka suami. Pastu selalu sangat video call. Sampai saya terpaksa buat flight mode phone sendiri. Anak 1st dulu pon sama. Tiap kali video call mesti Siap cakap tak de langsung muka saya. Saya ni serious saya suka je anak2 ikut muka suami tapi saya menyampah bila dia nak kena ulang banyak kali & nak suruh saya mengiyakan. Bila saya dah mengiyakan benda tu nanti dia ulang lagi. Adoii dah kenapa ni. Nak membuktikan ape sebenarnya. Mak saya sendiri tak cakap pon muka baby macam sesiapa. Kalau saya tanya mesti mak saya cakap tak ikut sesiapa. Ni muka dia sendiri. Even adik beradik saya pon tak pernah cakap muka anak2 ni ikut sesiapa. Cuma cakap muka dia sendiri & muka baby berubah2 ikut perkembangan dia.. jadi saya decide sebelum mil cakap muka baby macam suami. Saya yang akan cakap dulu. Memang ikut muka suami. Anak 1st & anak 2nd ni pon ikut suami. Nanti kalau ada anak lagi lepas ni pon ikut muka suami jugak. Memang tak de langsung ikut muka saya.. nasib tak ikut muka orang lain. Kalau ikut muka orang lain kang kena tuduh anak orang lain pulak ye. Boleh ke cakap gitu. Agaknya kurang ajar tak 😂 saya menyampah sangat dah. Suami pon kadang boleh tahan jugak sama la macam mak dia. Jadi lepas ni saya nak cakap dulu sebelum dorang cakap. Biar dorang pulak annoying dengan saya 😂 tu je la luahan perasaan saya hahahah

4 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

awak ok lg sis, mil sy asyik kata anak sy ikut muka fil sy. skrg sy masih lg dlm pantang, keluar hospital je dia dtg umah selang sehari. pastu ada je org yg dia bw bersama. kadang2 bwk mak sedara suami sy, kadang2 bwk kwn dia. pastu mesti dia tanya, tgk budak ni ikut muka sapa.. muka suami dia.. haram betul.. baby mmg ikut muka suami sy sebiji. mana la sy nk tilik muka fil sendiri eh geli siak ckp gitu. kalau ada iras tu mungkin lah kan suami sy anak fil sy jugak. pastu masa buat akikah, cukur jambul, benda yg sama di ulang2 nya kat kwn2 dia, sedara mara n kariah masjid... rase nk hempuk je kepala org tua tu smpai jd bijak sikit..

Baca lagi

Sis saya pun lbh kurang ada dlm situasi sis jugak..mil saya ckit2 ikut belah family diorang.. Yg elok2 suma ikut diorang la kiranya.. Ank first saya putih, rambut kerinting ikut belah diorang.. Ank second ni bru sebulan.. Even bru2 lahir ritu pun dh ckp ikut muka ayahnya ikut muka ank tiri saya time bby la.. Saya tgk xde sma pun mcm ank tiri saya time bby pun🤣.. Bby ni akn berubah2 muka.. Saya pun tak berani nk ckp lg ikut belah fmily mna.. Xpe la aslkn comel pd pandangan saya n sihat sempurna je🤭☺️

Baca lagi

Saya faham perasaan awak. Perasaan awak tu tak salah pun. Saya rasa awak rengsek dgn mil. Sebab cakap banyak kali. Nanti kalau perangai ke ape kita cakap “ikut perangai bapak dia la ni” terasa tak mil awak? Kita da la dalam postpartum phase yg memang sensitive. Kalau bole awak kurangkan la angkat vc mil. Jaga perasaan and mental health sendiri dulu. Hug!

Baca lagi

Kalau saya anak nak masuk 3 tahun dah. Both families, friends, orang sekeliling semua kata macam muka husband. Cuma sorang je yang kata macam muka saya which is husband sendiri😁 Saya tak pasti relationship awak dengan in law macam mana. Saya sendiri okay je. Tak terasa pun. Cuma nak wish awak be strong and berlapang dada. InshaAllah tenang. 😊

Baca lagi