Rasa Penat Sangat

Rasa macam penat sangat pregnant dengan GDM ni. Dari awal buka buku pink, tiap minggu datang klinik. Masuk wad, on insulin, makan ubat. Follow up pakar pasal breast, fibroid, next nanti check mata, dietitian. Minggu depan repeat BSP lagi, review darah dengan doktor. Hari ni dah jumpa doktor. Kesilapan nurse x ambil darah minggu lepas kena datang minggu ni pastu baru review minggu depan. Baru 13 week tapi buku dah tebal macam dah nak bersalin. Hmm Rasa mental dah mula penat. Tak salahkan sesiapa. Salahkan diri sendiri sebab tak jaga badan sebelum pregnant. Entahlah. Rasa mcm journey ni lonely sangat. Cerita kat mak pun dia asyik cakap " biasalah pregnant. Mak pun mcm tu. " Tapi mak takde kena gdm, kakak2 pun takde kena gdm masa pregnant. Maybe la pregnant ni jadi oversensitive. Sebab tu rasa macam orang tak faham. Tak tahu nak share dengan siapa. Nak rujuk siapa. Just suami yang ada dan tengok apa yang saya hadap. Tapi tula, kadang kadang nak jugak bercerita pada orang yg luar dari kehidupan seharian kita especially keluarga. Tapi semua senyap je. Teruskan hidup macam biasa. Tak ada tanya kabar pun. 🥹

21 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

saya pun sama sebulan 3/4 kali ulang kk kd buat bsp cumanya saya tak insulin makan ubat mental suami isteri koyak teruk sampai saya menangis dlm kereta after checkup sebab taknak ulang alik klinik . tapi bila fikir setahun menanti dan 2x keguguran ada semangat sikit untuk teruskan. semoga mental kita sihat sampai kehujung.

Baca lagi
1y ago

Aamiin. semoga kita sama sama kuat. memang penat ulang alik klinik seminggu sekali. sis berapa bacaan gula sblm n selepas minum air gula?