Tips pregnant
Pls kongsi tips ibu2 yg dh berjaya 😞 dh start konfius pasal bd..selang sehari ke dua hari yg terbaik..dan tips2 yg blh d kongsi 🥹 trima ksh

hi sis sy ada beberapa tips nk share. Sy lps 4 bulan kahwin alhamdulillah berjaya pregnant lps amalkan tips ni dgn izin Allah. 1. Sy guna OPK utk cek hari kesuburan. Lps period sy akan test hari2 sy suggest beli dkt tiktok je opk tu murah dapat bnyk plk tu. Sy akan cek belah ptg dalam pkul 7ptg. 3jam sebelum tu stop mnum air dan tahan kencing utk lebih accurate dia punya result. Once dh jumpa hari subur, bleh BD 3hari straight non-stop kalau penat boleh je skip. Lps OPK dh negatif, sy dgn suami akan rest dulu kejap sampailah next period, mmg agak sukar bagi suami tp dua2 kena bg kerjasama. Tp period sy lambat 3hari lps cuba cara ni terus sy test UPT alhamdulillah pregnant. 2. sy makan folid acid, vitamin D3, vitamode coq10 ubiquinol. 3. masa ikhtiar nk pregnant, sy stop makan ayam, semua fastfood, junkfood. Sy akan makan ikan, daging dgn telur je sbg lauk. 4. makan sayur2 lebihkan bayam hijau, brokoli. 5. sy makan kiwi, avacado, kekacang, yourgurt hari2. 6. sy breakfast 2 biji telur hari2. kurangkan air manis, lebihkan air putih je. Alhamdulillah sis, dgn izin Allah sy pregnant nk masuk 16weeks dh. Sy xpasti tips ni berkesan ke tak utk org lain tp sis boleh ikhtiar kalau nk. Sis boleh banyakkan baca tips2 dlm tiktok dari doktor2. Sy bnyk refer tiktok Dr.Raihanah bnyk input sy dpt utk sy terus semangat semasa nk ikhtiar. Mmg org cakap perkahwinan kami masih awal tp sy cuba jgk ikhtiar sbb yela kami suami isteri xmerancang, kalau boleh kahwin terus lekat syukur sgt. Sy doakan urusan sis suami isteri dipermudahkan dan dikurniakan cahayamata yg soleh dan solehah ya.
Baca lagi
mommydaddyprecious?❤️