Merdeka Giveaway & Berpeluang Menang Dyson Air Purifier!

Perhatian buat mommies! Anda rasa anda power meneka gambar/icon berkaitan Malaysia? Haa, jom asah bakat anda dan menang Air Purifier bernilai RM3,199! Sertai di sini: https://community.theasianparent.com/contests

Merdeka Giveaway & Berpeluang Menang Dyson Air Purifier!
483 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

1. Nasi Lemak - Suami saya ckp nasi lemak yang saya buat nasi lemak paling sedap selama dia hidup.Kawan suami saya juga mempunyai pendapat yang sama.Pada saya bahan sebenar nasi lemak yang paling utama adalah sambal nya.Jika sambalnya sedap,Maka sedaplah nasi lemak tu. 2.Petronas Twin Tower - Alhamdullilah suami saya salah seorang pekerja Petronas.Walaupun bukan di Twin Tower namun saya berbangga suami saya bekerja dengan syarikat utama Malaysia iaitu Petronas. 3. Bunga Raya - Ia adalah satu simbol untuk Malaysia. Alhamdullilah pasukan ragbi Malaysia menggunakan Nama Bunga Raya untuk mewakili Malaysia dalam pertandingan ragbi di luar negara. Jika bola sepak diberi nama Harimau Malaya, Hoki diberi nama Speedy Tigers dan Ragbi menggunakan nama Bunga Raya. Semoga pasukan ragbi malaysia terus mencapai kejayaan masa akan datang. 4. Kuala Lumpur Tower - Pernah menjadi banggunan paling tinggi dalam Malaysia sebelum Petronas Twin Tower dibina. Menjadi kebanggaan rakyat Malaysia kerana mempunyai 2 banggunan yang tertinggi dalam dunia. Dikesempatan ini, Saya ingin mengucapkan MERDEKA kepda seluruh rakyat Malaysia.Semoga nikmat kemerdekaan yang kita kecapi ini kekal hingga ke anak cucu.. Doakan kandungan saya sihat yg baru masuk 8 minggu setelah 2 kali keguguran.Semoga saya dapat menimang cahaya mata..Aminnn

Baca lagi