✨Hari Bapa Check-In Contest✨

Hello pengguna setia TAP! Kami ada sesuatu istimewa sempena Hari Bapa bulan Jun ini. Apa kata anda buat kejutan buat suami atau ayah anda? Haa, jom sertai contest ni! Hanya log masuk aplikasi theAsianparent selama 10 hari berturut-turut sepanjang bulan Jun DAN tinggalkan komen 'Hari 1, tarikh anda mula log masuk' pada ruangan komen di bawah. Mudah kan? Anda ada 30 hari dari sekarang! Goodluck!

✨Hari Bapa Check-In Contest✨
995 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

HARI 1 10/6/2021 Ibu kongsikan kisah pengalaman ibu bersalinkan Muhammad Arsyad Bin Wan Muhammad Amirul. 13/5/2021, ibu perlu serah diri di hospital untuk di 'induce' minggu ke 38 kerana ada gdm on ubat. Ye, hari tu hari raya pertama Aidilfitri dan raya Aidilfitri yang pertama ibu ayah sebagai suami isteri. Masih segar dalam ingatan ibu, ibu solat Subuh bersama ayah dan memohon ampun daripada ayah. Tidak lupa juga, ibu meminta ayah sentiasa doakan semoga urusan ibu bersalin dipermudahkan. Oh ye, belum selesai lagi solat sebenarnya, airmata ibu laju mengalir keluar. Macam-macam rasa daripada perasaan ibu timbul, teruja, takut, gembira, sedih dan macam-macam lagi. Raya pertama bersama suami, raya pertama tanpa keluarga kandung kerana beraya bersama keluarga suami ditambah dengan PKP, dengan debaran akan bersalin pada bila-bila masa lagi. Hanya mampu berdoa pada Allah semoga semuanya baik-baik sahaja. bersambung...

Baca lagi

Hari 1 (11/6/2021) ❤️Abg, Hari ini usia kandungan baby kita skg 37minggu..Lagi 3 minggu baby kita akan melihat dunia. Ini adalah baby kita yg keempat.. Keterujaan abg nak sambut orang baru dalam kehidupan kita. Semua barang2 abg dah lengkapkan..Walaupun kita xtahu baby apa yg akan lahir nanti..Abg kata biar suprise. Terima kasih sbb selama ini jd ibu & ayah kpd anak2 kita semasa kita hidup PJJ. Bila PKP baru la kita dpt duduk sekali..terima kasih sentiasa bwk g check up perut..Selama nie syg g sendiri..Xterbalas jasa pengorbanan abg..Love u abg❤️❤️❤️❤️ #Selamat Hari Bapa

Baca lagi
VIP Member

🌈11JUNE2021 🌻HARI KE-10 🌹Buat ayah tersayang , terimakasih kerana telah menjadi seorang bapa yg baik. Membentuk kami menjadi seorg yg berhati cekal, Setiap tutur kataMu dan nasihatMu jadi tiang ikutan. ketegasanMu dlm mendidik menjadikan kami seperti hari ini.Terimakasih ayah,semoga ayah sentiasa dirahmati allah swt.Amin....😘♥ #pada yg masih ada ayah , hrgailah penat lelah mereka mencari rezeki serta usaha mereka buad kita dan pada yg telah tiada ayah marilah sama² kita sedekahkan al-fatihah . semoga rohNya tenang disana.Amin.. #imissyousomuchAYAH😊 #Happyfathersday😢

Baca lagi
VIP Member

Hari ke 10 (Last Day) 11 Jun 2021 Selamat Hari Bapa😉 Dihari terakhir setelah komen berturut turut selama 10 hari, cuma nak ungkapkan ucapan untuk ayah, inshaAllah..selagi along hidup selagi tu along cuba bahagia dan senang kan ayah.. sentiasa doakan ayah dan mak..jasa ayah dan mak jaga along dari kecik sampai da kawin tak dapat nak balas dengan wang ringgit.. Buat suamiku, terima kasih awak telah jalankan tanggungjawab dengan baik sebagai seorang suami.. terima kasih kasih sayang awak buat sy .. Selamat Hari Bapa buat ayah dan suami ku dan juga bapa di seluruh dunia!

Baca lagi

Hari 1 / 15 jun 2021 "Ayah...." Dirimu jauh dari sisiku sejak dari kecil...hanya selembar memori yg aku ada darimu...😔 walaupun umurku sdh hmpir 30an..tapi jiwa ku masih mengharap kasih sayang seorang ayah yang sangat aku dambakan dari kecil...😟 Terima kasih kerana memberiku selembar memori yang sentiasa aku putarkan didalam kenangan indahku...meski tahun telah berganti tahun, tapi memori itu masih segar dalam ingatan jiwa kecil ku ini... *semoga bahagia ayah, selamat hari Ayah buatmu yg sedang berbahagia.....* Ikhlas, Rinduyangterpendam💗

Baca lagi

Hari 1 16/6/21 (RABU) Biy, semalam kita check up baby nk tgk baby ok ke tak😍 Alhamdulillah ! semua ok doktor cakap tahniah 🤗 kandungan syg 5 minggu 4 hari ❤️ rasa happy sangat² dapat tgk "nyawa kita" masa scan tu. Tapi pagi ni biy kerja 24 jam so syg sorang2 kt rumah 😌 Setakat ni tkde apa² alahan. Syukur Alhamdulillah! cuma nk biy ada kt sisi syg je tiap² hari, normal kot utk ibu mengandung. So, ummi hrp kamu baik² saja kt dlm yer sayang. Love you 👶🤰

Baca lagi
Post reply image

HARI 1 2 JUNE 2021 (RABU) Abah, walaupun abah tiada di dunia. Walaupun kakngah tak mampu merasa kasih sayang abah, kakngah tahu disudut hati abah, abah sayang kakngah. Kakngah sayang abah hingga hujung nyawa kakngah. 20 tahun tanpa kasih sayang abah, dan sentiasa merindui abah, ketahuilah hati ni tak pernah kosong tanpa abah. Semoga abah tenang disana, doakan kakngah disini ya. Sayang abah dunia akhirat🤍

Baca lagi

Hari 1, 3 Jun 2021, ❤️ My dear husband, tahun ini merupakan tahun pertama untuk raikan Hari Bapa. ❤️ Terima Kasih, sebab selalu ingatkan saya dan anak. Selalu berkerja keras untuk memenuhi kepentingan kami walaupun tengah pandemic. Saya selalu berdoa untuk keselamatan sayang. ❤️ Tak pernah mengeluh untuk jaga kita. Tak pernah lupakan tanggung jawab. Happy Fathers Day Sayang. 💋

Baca lagi

Hari 1 (10 June 2021) Terima kasih kpd suamiku yang tersayang & tercinta. Hari ni tepat jam 8.00am dia dah keluar pergi beli breakfast sbb isteri dia teringin makan nasi berlauk ayam gulai. sekarang dah masuk 34mggu baru ada selera nak makan jadi ibu pun selalu lah terbayang² makanan sekarang ni 🤤. Bertabah lah duhai suamiku 💪🥰😘

Baca lagi
VIP Member

💛4JUNE2021 💙HARI KE-3 👨Disetiap keringatmu, disetiap lelah nafasmu, penuh dengan kasih sayangmu. Terimakasih Ayah And imissyou 😢 #mintak semua sedekahkan alfatihah buad arwah ayah saya muhammad shah yg telah pergi menemu pencipta kita.semoga ditmptkan bersama para solihin..Amin😊

Baca lagi