Pendarahan di awal kehamilan
assalamualaikum saya ingin bertanya sedikit.. hari pertama period terakhir saya ialah 19/10/23. Sehingga kini saya sudah lewat period 6 hari. Tetapi pada tengah malam 16/11/23 ketika saya nak tidur tiba2 ada bleeding keluar. Saya pakai pad untuk memerhatikan darah tersebut. Pada pagi 17/11/23 saya membuat test upt dan double line. Lalu saya juga memerhatikan darah tersebut tetapi tak rasa seperti darah itu ialah implantation kerana ciri2 nya tidak sama contoh darah tersebut tidak berwarna pink atau kecokelatan, dan tidak juga spotting tapi darah tersebut tidak banyak hanya pendarahan ringan. Saya sangat risau sebab pernah mengalami keguguran 2 kali sebelum ini dan ini adalah anak saya yang pertama. Tapi saya rasa berbeza dgn keguguran yang saya pernah rasa sebelum ini dari segi saya tidak ada rasa sakit perut ataupun sakit belakang. Cuma rasa sakit yang ringan Dan kadang2. Dan darah pun tak begitu heavy seperti sebelum ini. Mohon pencerahan semua.. terima kasih
Dreaming of becoming a parent