Jawab, Komen & Menang Buku Scholastic Untuk Si Kecil Anda!

Hi parents! Best kan boleh menang buku untuk si kecil anda? Mudah pulak tu! Komen jawapan anda di bawah untuk peluang menang! Jangan lupa, anda perlu sertai di bahagian pertandingan juga. Klik link ini untuk sertai: https://community.theasianparent.com/contest/jawab-komen-menang-hadiah-buku-scholastic/1407?lng=my Good luck, semua! πŸŽ‰

Jawab, Komen & Menang Buku Scholastic Untuk Si Kecil Anda!
39 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Jawapan : D. Semua di atas Saya layak menang Acorn Books kerana anak sulung saya berusia 4 tahun lebih, namanya adalah Riff. Riff baru mula masuk tadika dan mula mengenal erti pembelajaran. Ketika ini, saya lihat anak saya sudah boleh menyebut dan membunyikan 2 gabungan huruf dari B-Z yang digabung dengan huruf a e,i,o,u. Namun, untuk menggabungkan sebuah perkataan atau membaca cerita,riff masih lagi lemah. Riff sememangnya suka sangat dengan buku, boleh dikatakan apa jua buku dia tidak pernah menolak dan setiap hari pasti ada sahaja masanya bersama buku. Jika ada rezeki untuk memenanginya, bolehlah membantu riff untuk belajar melancarkan bacaannya. Riff pasti suka dan tertarik kerana ceritanya yang mudah dibaca dan bergambar warna-warni serta lama kelamaan riff boleh lancar dalam membaca. Buku ini juga boleh digunakan untuk adik-adik riff pula untuk membaca. Semoga ada rezeki Riff,Amin 🀲.

Baca lagi