Jawab, Komen & Menang Buku Scholastic Untuk Si Kecil Anda!

Hi parents! Best kan boleh menang buku untuk si kecil anda? Mudah pulak tu! Komen jawapan anda di bawah untuk peluang menang! Jangan lupa, anda perlu sertai di bahagian pertandingan juga. Klik link ini untuk sertai: https://community.theasianparent.com/contest/jawab-komen-menang-hadiah-buku-scholastic/1407?lng=my Good luck, semua! πŸŽ‰

Jawab, Komen & Menang Buku Scholastic Untuk Si Kecil Anda!
39 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Jawapan = D - Semua di atas☺️ Saya layak menang Acorn Books kerana saya mahu anak bongsu saya lebih berminat dengan pembacaan walaupun seawal usianya yang baru sahaja berusia setahun. Ini kerana pada ketika ini saya mula melihat anak kecil saya mula terpengaruh dengan 'trend' semasa iaitu ia lebih berminat dan memberi lebih perhatian lagi kepada muzik video yang berbentuk rancangan atau lagu kanak-kanak contohnya seperti YouTube. Tidak menolak kemajuan atau berpendapat negatif, tetapi saya masih lagi berpegang kuat dengan mengatakan buku adalah satu-satunya sumber yang paling utama, tepat dan sesuai serta berperanan penting dalam mendapatkan sesuatu ilmu atau untuk mengetahui dan mempelajari sesuatu perkara walau untuk sesiapa sahaja tidak mengira usia, jantina, mahupun bangsa serta agama. Melihat kepada kelebihan, faedah serta kualiti yang terdapat pada buku-buku keluaran dari Scholastic Acorn, saya percaya ia akan membuatkan anak kecil saya itu akan beralih perhatian kepada sesuatu yang baru serta menarik minatnya dan lebih tertumpu kepada isi kandungan yang terdapat di dalam buku Acorn Books ini☺️

Baca lagi