Ibu mertua

Pandai lah dia sindir cakap menantu & anak tak ada hak untuk merajuk dengan ibu & ibu mertua. Walaupun apa yg ibu cakap iyakan saja, jahat mana pun tetap ibu, tak ada hak untuk terasa hati, letak lah nilai ibu & ibu mertua pada tahap paling tinggi, walau minum air rebusan kaki pun takkan mampu balas jasa seorang ibu yang melahirkan. Amboiii, dia punya sanjung kedudukan ibu tu, sampai dia buat jahat apa pun kena iyakan sahaja, kalau benar benar ibu ikhlas melahirkan dan menjaga. Tak perlu mengungkit sampai cakap minum air rebusan kaki bagai. Kita anak menantu dah layan sehabis baik, tapi diri sendiri tak bersyukur, fitnah sana sini, fitnah anak menantu sampai bergaduh habis. Takkan ibu mertua fitnah pun tetap nak iyakan saja. Yang salah tetap salah, sebab dalam dunia ni, Allah no 1, bukan ibu mertua. Jangan gunakan title ibu sebagai tiket nak mengadu domba dan menabur fitnah. Dosa tetap dosa walau seorang ibu @ ibu mertua.

3 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Betul sis... Mmg betul die seorg ibu yg bertarung nyawa untuk melahirkn seorg manusia di dunia ini, tp die tetap manusia biasa yg buat salah. Tp kalau di dunia ini, die x mahukan anak die dan cuba untuk menggugurkan anak yg x berdosa dengan berbagai cara kerana jarak umur anak dekat2, tetapi anak itu berjaya dilahirkan dengan kecacatan kekal, adakah die layak untuk dipanggil emak? Emak apa yg sanggup membunuh darah daging sendiri sehingga masa depan anak diperjudikan. Dan seorg mak mertua ini menganggapkan menantu die untuk hormat die. Did she do the same for her son? Did she give enough for her son? For me is simple, i respect u as my mother-in-law, hook or crook u r my MIL, but don't interfere with our life because u don't deserve it.

Baca lagi