Pagi pagi lagi bikin panas...
Baca status ni saya geram dan marah masih lagi ada manusia yang tidak berhati perut buat anak orang macam ini..
Selalu saya nampak dan dengar keadaan begini
Menjaga hati orang lain sehingga anak sendiri yang sakit.
Banyak sangat salah dalam 1 posting dan saya akan tunjuk satu per satu
1. TIDAK BOLEH BERI APA APA MAKANAN DAN MINUMAN SELAIN SUSU SAHAJA
Bawah 6 bulan tak boleh bagi apa apa selain susu ibu/susu formula yang dikhaskan mengikut usia
Susu segar tak boleh
Susu sedia diminum tak boleh
Susu untuk 1 keluarga tak boleh
Susu tin (cremaer,sejat,pekat manis) LAGI tak boleh
Ni nak pulak suap ais krim dan kek????!!!
Usus baby belum cukup matang nak terima semua tu lagi
Jika ada masalah usus, masalah tidak menghadam, masalah membuang siapa yang akan bertanggungjawab?
Adakah mereka yang gatal tangan menyuap sedia nak bersengkang mata, mengeluarkan kos untuk menjaga anak yang mungkin akan cacat seumur hidup akibat suap macam macam tu?
Tu kalau hidup..kalau meninggal akibat perbuatan tu? Nak kena saman? Nak ke mahkamah?
Setiap kes anak yang meninggal bawah 5 tahun akan menjadi siasatan polis.
2. NO SALT & SUGAR bawah 1 TAHUN
Ya allah anak tu tak kenal pun apa yang masin apa yang manis
Kita je yang gatal nak makanan sedap bagai
Sepatutunya fokus utama bawah 1 tahun adalah memperkenalkan
- makanan berkhasiat selain susu
- melihat allergy yang mungkin ada dari makan
- tekstur yang pelbagai untuk bantu perkembangan baby
Bukan untuk bagi anak makan sedap ke tak
Ni apa yang gatalllll sangat tangan nak bagi ice cream and cake lagi????
Nak anak jadi picky eater?
Semua benda nak ditolak kecuali yang manis
Nak anak kurang zat?
Bila berat naik perlahan atau tak naik mulalah nak bising nak kalut cari produk sampah dan supplemen bagai untuk bagi dekat anak...tapi asalnya salah siapa anak jadi begitu?
3. TEGUR BILA ADA KESALAHAN
Orang berusia bukan selalu betul
Tiada istilah
'Aku makan garam aku lebih tahu'
'Aku suap kan kamu dan adik beradik kamu macam ni elok je besar tak mati pun'
Hai zaman dah makin maju..nak jugak ikut zaman tok nenek lagi?
Zaman dulu hidup macam mana?
Kalau nak jugak macam tu
Tak payah ada smartphone 24jam dekat fb
Tak payah guna kereta, jalan kaki je ke mana mana
Tak payah makan di restoran, semua masak guna kayu api
Tahu tak kadar kematian anak dan ibu dulu macam mana?
Disebabkan teknologi makin maju, ilmu makin meluas dapat kurangkan statistik kematian tu semua
Boleh pulak patah balik ke zaman tu..aissshh..
Jangan risau nak tegur orang tua..
Itu anak kita..itu hak kita..bukan hak mereka lagi..
Itu amanah yang telah diberi kepada kita untuk dijaga..
Kalau tak tegur,takdir jadi apa apa dekat anak apa yang anda nak jawab dekat 'sana' nanti?
.
.
.
Tolongla mak ayah kalau salah tegur...
Jangan biarkan sahaja walaupun itu adalah ahli keluarga sendiri
Tunjuk kes kes baby yang maut akibat diberi makanan terlalu awal
Nak tunjuk posting saya dekat bawah ni pun boleh
https://m.facebook.com/groups/128634077976452?view=permalink&id=352708532235671
Sekian
Dietitian fizah sobri
Fuh pagi pagi panas dah...
Syaukatulwardah