Sembelit Dikalangan Ank Kecil
Hi.. Nk mintak sikit opinion.. Macam mne nak elakkan sembelit dalam kalangan kanak2.. Umur ank sy 1 tahun 5 bulan tp ssh sangat nk membuang.. Naik risau da ibu dia..

Salam sejahtera puan. Masalah sembelit merupakan salah satu masalah yang sering berlaku kepada kanak-kanak. Salah satu puncanya adalah tabiat pemakanan. Puan disarankan untuk meningkatkan kadar pengambilan serat dalam diet anak puan serta memastikan pengambilan air yang cukup. Galakkan anak anda makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan. Selain itu, kanak-kanak juga mungkin ada yang sukar membuang air besar kerana mereka menahan dari melepaskannya kerana takut atau leka bermain. Ini juga menyebabkan mereka lebih berisiko untuk sembelit. Jika anak anda masih mengalami masalah ini, anda boleh bawa anak anda berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan. Anda boleh layari www.DoctorOnCall.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sebarang masalah kesihatan atau bercakap dengan doktor bertauliah secara atas talian. Terima kasih.
Baca lagi

