Sembelit Dikalangan Ank Kecil

Hi.. Nk mintak sikit opinion.. Macam mne nak elakkan sembelit dalam kalangan kanak2.. Umur ank sy 1 tahun 5 bulan tp ssh sangat nk membuang.. Naik risau da ibu dia..

49 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
Expert

Salam sejahtera puan. Masalah sembelit merupakan salah satu masalah yang sering berlaku kepada kanak-kanak. Salah satu puncanya adalah tabiat pemakanan. Puan disarankan untuk meningkatkan kadar pengambilan serat dalam diet anak puan serta memastikan pengambilan air yang cukup. Galakkan anak anda makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan. Selain itu, kanak-kanak juga mungkin ada yang sukar membuang air besar kerana mereka menahan dari melepaskannya kerana takut atau leka bermain. Ini juga menyebabkan mereka lebih berisiko untuk sembelit. Jika anak anda masih mengalami masalah ini, anda boleh bawa anak anda berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan. Anda boleh layari www.DoctorOnCall.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sebarang masalah kesihatan atau bercakap dengan doktor bertauliah secara atas talian. Terima kasih.

Baca lagi

Kisah anak girl saya pernah warded due to constipation 8 days tak berak.. Bg buah apa semua xjalan.. Sebb tukar susu dari step 1 ke step 2..setkat ni alhamdulillah berak tp selang 3 hari atau 4 hari baru berak cuma najis xkeras ok sahaja.. Dr pon mentioned certain budak fisiologi lain2.. Ada berak setiap hari ada berak 2 hari sekali tp klau out from normal so mybe something wrong.. So skg saya amalkn jus pear InsyaAllah next day die akn berak..

Baca lagi
VIP Member

Sebelum dia membuang ok tak sis ? Sebab my daughter ard that age pun ada masalah sembelit..lepas tu sy tukar susu. Paduhal maybe due to certain age and then the previous milk not suitable for her anymore. After change formula milk tu terus ok dia. No more that bad constipation anymore

3y ago

Ank saya pun sama selepas tukar susu baru ok. Dan cair kn sedikit susu... Dan byk kn bagi air kosong

untuk ank sy setiap kali sblm mkn berat bagi pisang, pisang murah dan baby suka..buah naga atau betik pun bagus.tp ank sy x gemar kalau x de rasa manis sikit😅..atau Greek yogurt/plain yogurt+kurma..tue cara sy agar ank x sembelit.mknan utama yg berkhasiat juga penting..ada carbo+protein 😊

Saya klo nampak dia mcm sembelit, saya terus bawak dia pergi ke toilet, dudukkan atas toilet bowl tu. And buatkn jus buah prune, makan yougurt, minum air lebih..and jaga pemakann, sometime ade makann y menyebabkn anak sembelit

Saya pon encounter benda yang sama. Apa saya buat saya bagi yogurt campur dengan jus prune sikit and also campur dried prune porong kecik2 as their snack every 2/3 days. Sekarang ok dah sikit sembelit anak saya

rendam dlm air suam..bg dia rilex... bg bnyknminum air.. sy tukar menu harian.. last sekali..sy bwk ank pergi padang bola..suruh dia berlari bermain..( yg ni plng mujarap)..

Baca lagi
2y ago

betul tu rendam dalam air suam.. dia relek kadang siap membuang dlaam tu haha.. anak saya lun ada masalah sembelit. tp dia fully breastfeed

bagi makan labu kuning.. labu tu di kukus terlebih dahulu, dan di lenyek.. then simpan dalam freezer boleh guna selama 2 minggu.. setiap kali nak bagi mkn, boleh panas kn .. syukur senang membuang

VIP Member

Banyakkan air and makan buah betik. Kalau still sembelit mcm anak perempuan saya dulu...pegi farmasi beli enema utk baby. Cara guna nnt org farmasi akan ajar.

Bagi saya susu semua ok je cuma kadang kena kurang scop susu dan lebihkan air. Contoh air 7, susu 6scop. Tu cara saya la allhamdulillah lepastu ok najisnya