pengalaman bersalin

nak tnya ibu2 kt sni kira mcm share pengalaman la smasa bersalin ada tak contraction ibu2 kt sni yg kuat? yes i know smua mmg la sakit kan.. but msa sy nk brsalin contraction mmg x bole nk katakn cmne kata doc bacaan mmg tnggi smpai dia tny ada mkn bnda yg buat sakit perut ke sy kata tak juga then dia kata bacaan contraction tnggi.. btw sy first mom mngkin sb first time la kot 😅lg2 single mom makin lah xmpur baur sakit tu huhu.. dgn menahan sakit tu nak tecabut katil lab room🤣 tgn sy pn sy ggit nak mnahan sakit tu.. pelik kn 🤣 tp auto sndri tebuat , smpai lebam kejadiannya , dah 4 bulan lebih yg lalu.. baby skrg 5 bulan da kemarin.. dan smpai skrg terngiang2 sakit tu ahahhaha.

17 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

contraction sebelah perut +sakit belakang memang sakit. Gigil teruk gila tapi cuba kawal dan positif .. 14hb saya pegi hospital sampai dah nak pukul 7 macam to .. cek jalan baru 1cm tapi dah ada contraction cuma tak kuat . Nurse macam nak marah sbb dia kata tade contraction,datng nurse yang ok sorang lagi baru saya bagitahu contraction sebelah perut sahaja then baru dia perasan perut macam senget .. Doc kata boleh balik tapi saya minta admit sbb tak yakin +jauh nak datang balik. Dapat katil sambil senam sambil mandi layan contraction then dapat baca yassin .. Habis yassin contraction lagi kuat cek jalan baru 2cm tapi boleh lelap lagi . 12lebih sakit sangat dah bawak senam,kawal nafas,jalan-jalan Lepasto nurse datang tengok "saya kata sakit sangat dah" .. Pukul 1 lebih macam to bawak labour room cek jalan dah 4@5 macam to lepasto akak-ii cantik nie kata "lepas subuh siap nie" "kalau boleh jalan,awak jalan dulu" .. Saya tak bangun pun sbb sakit sangat-ii nak tahan contraction sebelah perut + sakit belakang .. Saya layan contraction sambil baring mengiring kiri lepasto nurse masuk cakap kalau nak berak takpa berak je nanti akak bersihkan .. call suami bagitahu sakit sangat dah nie then letak call sambung lelap kejap.. pkul 2lebih pagi to call suami kata sakit sangat-ii dah nie sambil mengiring to pujuk anak,tahan contraction sebelah perut,sakit belakang tade air mata nak nangis,zikir je keluar dari mulut sampai gigil tangan tahan sakit .manja-ii dengan nurse minta air 🤣🤣. Minta ubat tapi tade ubat 🤣🤭. Last-ii nurse cantik ajar ngiring ke kiri,sebelah kaki lipat kalau sakit datang balik nanti tarik bontot lepasto teran. Saya buat 2kali teran to ketuban pecah lepasto jerit "akak" "akak" "yaa kenape" saya jawab "ketuban pecah" "ok... haaa" "ketuban pecah" .. Laju masing-ii datang(kesian sbb diaowg tengah rehat) siap-ii semua teran-teran sampai tak cukup nafas alhamdulillah 15hb 3.15a.m keluar lah seketul lagi copy paste muka ibu 🤣🤣🤣🤣.. 3.16@17 macam to call suami kata baby dah keluar (suami baru lelap sbb anak sulung tak sihat).Tunggu akak nurse jahit. Part jahit nie nak jerit,nangis tade air mata masalahnya.. Pujuk-ii akak nurse to minta stop sbb sakit . Dah settle balik katil semula call suami tak angkat,saya call sil sbb dia excited gila tunggu bambam nie keluar.. Pukul 6 pagi baru saya call mak bagitahu baby dah keluar. Pagi-ii suami menung( betul ke ibu call tadi kata baby dah keluar)*dia story semula dia bangun tido to dia menung . Saya hanta gambar baru dia nangis tengok betul baby dah keluar.. Pagi-ii sister yang attend semalam to tinjau saya,muka happy je tengok baby dah keluar.. Dia minta izin bawa baby kat luar saya bgi je sbb kat dalam to semua baik-ii gila,lembut jee.. sister Ingat gegirl skali buka pampers boboy 🤣🤣🤣.. Kene uli budak kecik nie 🤣🤣🤣.. Alhamdulillah sekarang dah 7bulan. Dah nak merangkak dah.. Terima kasih akak-ii nurse yang baik hati.. Layanan memang tiptop 👍👍.

Baca lagi
Post reply image