Sarapan di rumah atau pengasuh??

Nak tanya utk working mom selalu bagi breakfast di rumah/ rumah pengasuh ye? Anak baru setahun, kalau lempeng ke cekodok pandai suap sendiri. Sy masuk kerja 7 pagi jadi 6.30 dah gerak keluar rumah. Rumah pengasuh 10 minit gitu. Masalah dia skrg sarapan anak selalu tak terusik, alasannya anak sy tak makan sgt. Mungkin dia bz sbb anak asuhan ramai pun satu hal. Sy dah cuba slowtalk minta dia jaga waktu makan so taktau berhasil ke tak. Andaikata tak berhasil, ok ke kalau bg sarapan lepas anak bangun? Anak bangun pukul 6 gitu. Kalau nak bg dlm kereta waktunya singkat sgt. Sy susah nak jumpa pengasuh lain sbb sy kerja syif. Masalah ni jd bila sy kerja pagi sahaja 🥲

2 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hi, awak👋. Boleh, tak jadi masalah. Ikut keselesaan dan kesesuaian awak. Macam anak saya memang akan breakfast di rumah. Paling awal anak saya akan bangun 5.30pagi, pukul 6 saya dah mandikan dan breakfast dengan anak. Anak saya 1y8m.

boleh je awak. asal kan baby okay nk mkn😊