Buat buku pink

Nak tanya , better buat buku pink berapa week ye? Sbb saya dah 2 kali gugur , kali ni mengandung baru nak masuk 5 weeks selepas rest setahun lebih lepas gugur yg kali kedua tu .#ingintahu #pleasehelp

24 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

buat skrg sis, book appointment dulu. Nanti dah dpt bawak lah dokumen yg diperlukan such as copy ic suami isteri, sijil nikah. sbb kemungkinan dpt tarikh utk buku pink tu lambat sbb ramai orang booking date. Mcm saya pegi amik booking date, 4 weeks. Dpt buat buku tu masa dah 12 weeks. sbb lepas raya baru ada kosong. Pegi skrg tau, and take care too may Allah bless you and baby alwaysπŸ’–

Baca lagi
VIP Member

pengalamn saya gugur 2 kli...then kli ketiga melekat Dan saya g kk untuk buat buku pink masa kndungn 8 minggu lpas Tu kna marah gak sebb dah NK hampir 12 minggu.... pada saya klau dah ada sejarah gugur lebih 1 kli better g buat buku pink seawal nya sebelum hmpir 12 minggu.

kalau mcm saya 7week dh buat . lagi awal pon lagi ok sbb boleh nurse kk pantau perkembangan awak n baby . boleh dieorg bagi ubat yg patot atau vitamin yg patot untk awak . sekarang ni x payah tgu lame2 sngt . asal dah tau awal lekat tu pegi je kk .

better buat awal2 sis. mcm saya, kali ketiga pegnen lepas 2x gugur, 6w sy gi swasta utk sahkan pegnen. then gi kk nnti bawak je gmbr scan kt swasta tu utk bukak buku pink. nnti biasanya nurse akan terus bukakkan lagi2 kalau tahu kite pernah ada sejarah gugur

sis boleh call KK tempat sis dulu..cakap dengan nurse in charge area rumah sis..nnt dia akan info bila nk kna g klinik bkk buku...macam saya call time 5 weeks..dia bagi tarikh bulan 7 ni soh call balik

boleh prgi klinik swasta dlu utk scan dan bgitahu pernah gugur dua kali.. mungkin doktor boleh bagi ubat kuat rahim.. klinik kesihatan tak ada ubat kuat rahim.. kk hanya bleh buka buku pink shj

TapFluencer

8w above. Yg penting buat confirmation scan dlu (nmpk kntung, janin & jantung), baru ke kk buka buku. Klu previous pregnancy (yg ggur) dh ada buku pink, bawa sekali.

buka buku pink sebelum 12 minggu sis..pengalaman sy, sy buat upt n scan kat swasta..lpstu saya call KK nak buat buku pink.. nurse bg tarikh utk dtg buat buku pink..

Seeloknya, sebelum 12minggu. Kalau rasa xnak awal sgt, masa minggu ke 7-9 tu pergi la scan, tgk hearbeat baby. Bw scan tu dan dokumen yg berkaitan p buka buku dekat kk.

tgk kk tu jugak. ade yg terima time 8 minggu. mcm sy 7 minggu, sy call kk and dia terus tanya last period bila, then dia yg tetap kn sy dtg bila