PUASA PAHALA ATAU DOSA

NAK KEJAR PAHALA PUASA ATAU NAK RISAU DOSA ANAK MATI DALAM RAHIM ATAS KEPUTUSAN SENDIRI PILIH. Maaf kalau ayat ni kasar. Tp utk elak kedepan ade lg soalan mcm ni. Sbb kita mmg mungkin x rasa apa. Sikit ja. Tapi baby dlm perut tu kecik teeettt lagi. Saya deliver anak time bukan bulan.puasa. sy yg xde masalah apa pon kencing manis darah tinggi ke, sy athletic, HB semua ok. Time dah 10cm tu tgh dok push tu pon nurse ckp kene push lagi jantung baby makin lemah. Padahal xsampai 15min pon sy dlm laybour room. Kite xde alat2 tempek kt perut sepanjang masa nk tahu baby cukup oksigen ke tak. Jantung paru2 baby ok ke tak. Kite rs kita ok bertenaga sentiasa. Sepanjang berpuasa, mak dah mula pening, rasa nk pitam, bayangkan baby tu. Bayangkan mak tu 4wd baby tu bicycle. Baby kene impact dari teruk dari mak kena. So jadilah bijak. Try puasa silakan. Rasa je lemah sikit, bukak. Antara nyawa dgn ibadah, menjaga nyawa lebih penting dalam agama. Tgk org rompak masuk rumah, tak kan nk teruskan solat. Tgk badan dah bg signal nak lemah, tak kan nk membahayakan nyawa baby? Menjaga nyawa lebih penting dalam agama. Sbb mengandung ni ibadah. Menambahkan umat. Ibu yg meninggal time melahirkan anak, mati syahid sbb mati memperjuang menambah umat. Yg dok nk biar baby risiko dlm perut semata nk kejar pahala puasa pasaipa. padahal ada rukhsah (kelongaran) utk tidak berpuasa bagi ibu mengandung dan ibu menyusu atas kepentingan menjaga nyawa umat. Jangan dok tanya dah pening2, xlarat, muntah tapi tinggal sejam lagi boleh ke terus berpuasa. Org yg puasa pon boleh hilang sabar baca soalan mcm ni. Jd umat berilmu. Benda basic ni. Mcm mana nak besarkan anak2 mcm2 lagi ilmu nak kene gali. Dan dlm group ni ade yg non muslim. Tak malu ke soalan sama naik, jawapan sama semua mak2 lain nk comment buka lah puasa. Basic basic. Dah lepas ramadhan nanti pon, kalau rs pening2 rs lemah, stop apa kerja skali pon balun coklat bar ke apa2 makanan sementara nak sampai klinik/emergency. Isu ibu mengandung ibu menyusu berpuasa ni, Kkm dah buat poster cantik2. Dr. Imelda ulang explain tiap2 tahun. Jadilah ibu berilmu. Agar terbentuk generasi berilmu. Tak tau tanya takpa. Tapi kalau sekejap2 soalan sama, sah2 ramai tak membaca, x search dulu nak mudah main tanyaaaa ja. Usahalah sikit. SEARCH. GOOGLE. Tak jumpa baru tanya. Ingat, ibu tu ibarat four wheel drive yg gah yg mungkin x rasa apa2 rilex je. Tapi anak tu kecik teet & very sensitif if x cukup zat nutrisi. Kredit to : Suraiya Ismail (FB)

12 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Noted with thanks.. kita boleh menegur, tapi di akhirnya nanti pilihan terletak di tangan sendiri sama ada nak berubah atau tidak, semestinya dengan izin Allah pemberi hidayah dalam kita bertanya soalan, akan melibatkan orang lain untuk bantu kita beri jawapan.. bila melibatkan orang lain, kena tahu ada batasnya dan kita tak boleh melampaui batas.. sungguhpun malu bertanya sesat jalan, tapi saya rasa lebih malu kalau saya tanya soalan yang jawapan dia sangat mudah untuk dicari, lebih2 lagi kalau tanya kepada umum.. ini apa yang saya rasa, perasaan orang lain mungkin berbeza.. saya ambil contoh terdekat je la dalam apps ni ada sesi tanya pakar.. sejujurnya saya dapat lebih input bila baca versi Singapore berbanding dengan negara kita sebab soalan kebanyakannya berkualiti.. jawapan daripada pakar pun luar kotak & saya rasa takkan jumpa point yang sama bila saya Google sendiri.. bagi saya mudah je, saya bantu mana2 yang saya rasa perlu dibantu.. niat lillahitaala nak mudahkan urusan orang.. soalan common sense saya pernah jawab, soalan detail pun saya jawab.. kalau mood saya tengah tak baik, saya memang takkan singgah feed.. itu sahaja yang saya buat.. soal puasa, webpage mufti tentang puasa masa hamil saya dah save elok-elok letak dekat homescreen.. mana tahu next pregnancy nak rujuk lagi. nah linknya, ambil mazhab syafie: https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/1969-31

Baca lagi

betul... kadang menyampah dengan org yg "tahun ni aku nak puasa penuh lah", "ehh sayang la nak tinggal puasa".. ni sy gelar golongan ibu2 yg mengada2 dan pentingkan diri sendiri... ingat la ibu2 sekalian.. Allah dah bg kelonggaran dari wajib kepada harus untuk golongan ibu2 mengandung dan menyusu untuk berpuasa. ingat ya anak yg dalam kandungan tu Anugerah dan Amanah dari Allah tau. bukan dari saya. Jadi jaga la nyawa anak dalam kandungan tu dengan sebaiknya.. sy nak tanya la pada puan2.. kalau puan2 musafir kenapa tak solat full rakaat, kenapa nak jamak?? begitu la perumpamaannya puan2.. Puasa sangat mudah untuk diganti. tapi nyawa anak bolehkah anda ganti??

Baca lagi

Ya betul. Jadilah ibu yang berilmu. Memang islam wajibkan untuk berpuasa termasuk bagi ibu yang hamil. Tapi kalau beri mudarat seperti alahan teruk, sakit pada diri atau pada kandungan, diharuskan berbuka. Benda basic yang boleh kita google je. Search je kat website mufti semua ada, info yg diberi semua berdasarkan dalil lagi. Dalam apps ni sendiri boleh search dulu soalan yang telah ditanya. Kalau memang takda jawapan, silakan tanya balik. Semoga kita semua jadi wanita dan ibu berilmu yang boleh memberi manfaat pada orang lain

Baca lagi

Setuju. 2 hari saya cuba berpuasa. Both days sahur properly makan kenyang kenyang. Both days jugak tengahari dah muntah air angin semua. 2nd day lebih teruk, pening dan muntah. Berbuka pun semua muntah keluar balik. Lemah sangat. I took it as a sign badan tak boleh berpuasa masa hamil. Walaupun baru 7 minggu, biarlah orang nak kata apa. We have to listen to our body. Jangan pressure2 tengok ibu lain puasa penuh. Semua orang tak sama. Semua bayi tak sama.

Baca lagi

sebab tu saya tak berpuasa kerana saya sayang anak saya ..takpe ..puasa boleh diganti .. anak sya nak jaga baik2 bagi nutrisi baik2 ..saya tak peduli org kata apa ..sebab situasi masing2 tak sama ..klau terjadi apa2 takde org tu nak tanggungjawab atas apa jadi..mulut je berkata lebih

Bagus posting ni , antara yg bertanya tu sayalah tp setelah google mcm2 pendapat pula. Kes sy mmg takde rasa lesu letih muntah dll. Dah puasa 3 hari mmg ok je bertenaga. Baby bergerak aktif dm perut sepanjang puasa. Ini yg buat sy konfius perlu berbuka bila ada tanda tak ok saja kot.

2y ago

sy skrg 16w.. alhamdulillah dah hilang alahan dan setakat ni mampu puasa, xrasa lapar sampai ptg..dgn syarat sahur mkn kenyang2..tapi dah mindset,if muntah mmg akn terus bukak posa no matter pukui brp..semoga kita dprmudahkn urusan

Saya setuju! “Jd lah ibu yg berilmu” ni asik berulang tnya dlm group - boleh ke puasa, tk boleh puasa tk larat la muntah la bla bla.. ats diri sendiri kot tk perlu nk tnya perkara berulang.. lain org lain badan.

2y ago

sabar dan berlapang dada dgn karenah org lain pun salah satu perkara yang perlu ibu didik untuk menjadi ibu yg berilmu. 🌻

terkejut semalam baca ada yg komen tanya, baby dah tak aktif tp sebab lg sejam nak berbuka, jd teruskan juga..lepas berbuka sampai sahur masih tak bergerak, perlu tak puasa hari ke2.. 🤦🏻‍♀️

Setuju.. Malas membaca sebenarnya, google jer laman web mufti.. Semua jawapan tentang puasa ibu hamil ada dalam tu.. Rajin tak rajin jer sebenarnya..

Tetiba terasa lak saya...baru 5w..dh petag naik loya pening,tp cuba tahan posa...tq sis bagi kesedaran