Tips turunkan jaundice baby? 👶🏻

☆ Update 20/6 ☆ Thank you semua yg bagi cadangan 🙏🏻❤️ Baby sy dah turun kuning ke paras yg normal. Sy kerapkan bagi susu badan, jemur awal pagi dlm 30 minit dan mandikan guna air rebusan buah kundur. Ada pakai juga Set kuning tasneem tu dan Mama's Choice tummy oil. I'm not sure lah kalau berjemur dan bermandi rebusan buah kundur tu berkesan 😅 sebab jarang juga terbuat. Sy lebih kepada menyusu badan je. Sy perah susu masuk botol supaya dpt tgk berapa ml baby sy minum. Nak dkt sebulan juga lah and I'm proud of myself sbb sy tak bagi susu formula, sy percaya dgn susu badan sy ni. New mums kalau awak ada masalah yg sama seperti sy. Just kerapkan susu badan je 🤱🏻 Setiap kali diaper change, pakaikan baby minyak telon, urut2 sikit supaya baby dpt berak dan kencing dgn kerap. Kalau awak mcm sy risau berapa bnyk baby minum susu. Beli botol susu dan pam susu, perah susu badan dan masukkan dlm botol susu. Setiap jam, sy bgi 30ml atau bila baby demand. Tukar syif dgn suami atau ahli keluarga yg lain supaya dpt rehat yg cukup. Sleep when the baby sleep. Kerja rumah tu biarkan dulu, mental health comes first. Be strong and jgn stress tau 😊 This too shall pass. Tuhan tak bagi ujian ni suka-suka tau. Tuhan bagi sebab dia tau kita boleh. You can do it, mums! ♡ •• Hi mums, Ada yg boleh bagi tips turunkan kuning baby? Hari ke-5 dah, kuning baby makin naik 😭😭😭 Sy first time mum, sy dah susukan baby dgn kerap dah tapi sampai hari ke-5 still tak turun² 😔😓. Sy tak tau dah nak buat macam mana..sy rasa down sgt.. pls help me.. #bantusharing #advicepls #firsttimemom #pleasehelp #firstbaby #ingintahu

50 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

saya masa anak pertama campur susu badan dengan bagi anak minum susu kambing karihome..Alhamdulillah xsampai seminggu turun..anak kedua ni, saya stop susu badan kejap, bagi susu fm sahaja setiap 2 jam sekali dan Alhamdulillah 4 kali cucuk je dah habis kuning..pada pendapat saya, pastikan anak kerap menyusu..kena kejut jangan tunggu dia bangun baru susu..kerap susu, kerap la dia berak..nak bagi susu badan boleh cuma kita tak pasti makanan yg mana kita makan akan trigger kuning dia..kalau saya, saya memang stop sekejap susu bdn sampai kuning habis baru sambung semula bf..

Baca lagi