Boleh makan Anggur?

Hi mummies! Sekarang saya dah masuk 18weeks. Pernah ada history gugur sebelum ni. Pelik sikit soalan saya. Boleh ke saya makan buah anggur? Hari tu mak saya dtg ziarah belikan sy buah anggur. Then mak mertua saya pulak marah sbb makan buah anggur. Katanya buah anggur tu bisa mcm nenas. Boleh menyebabkan gugur. My mom bila sy tanya dia kata tak pernah tahu pun. Ada ke mummies yang pernah dengar pasal ni? TQ.

20 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

boleh mkn, tp berpada² je. awal 1st trimester je elakkan, dah 2nd trimester ni ok jer. sy waktu 12 minggu pun mkn bnyk.. lepas tu baru tahu kata bahaya. tp nasib tak jadi apa. mintak Allah pelihara..

sy ni time preggy ni,boleh dikatakan anggur tu mmg kena ada dlm peti ais..klau hbis,tmbh stok lg..stakat ni xde jd apa2 lg..dh msuk 20w dah..xpernah pulak dgr klau preggy xleh mkn anggur.hee

saya pun baru brapa hari yang lepas mkan buah anggur ni..rasa bahagia sangat bila dapat makan apa yg kita nak..lagi2 saya yang mengidam nak je makan buah yg manis2..tapi kena la berpada2..

Saya pun makan dr awal pregnant.. Kwn chinese cakap bagus.. Utk tambah darah.. Lg pun sy jenis suka buah masam manis ms preggy ni.. So, anggur lah yg sedap setakat ni sy rs..

VIP Member

Sy penah makan nenas n anggur tak ada apa2.. Ikut jela ckp mak mentua.. Dalam perut kita kan cucu dia. Nnt jadi2 apa2 sbb xdengar kata, dia salahkan kita semula

VIP Member

Sy baru lepas telan buah anggur rm10 🤣🤣 Ok je pon mkn sebenarnya.. Xda masalah. Ni sy preggy bby second.

blh mkn anggur. basuh bersih, klau blh basuh guna tepung sbb tepung tu akn buang lilin yg kt kulit anggur tu..

VIP Member

Boleh je makan anggur. Saya kerap je makan anggur masa awal pregnant dulu. Yang tak boleh nenas muda

Kalau ada gdm kena krgkan mkn anggur. Misi ckp blh mkn, cuma selang2 hri an kira 5 biji sehari.

Semua jenis buah boleh dimakan masa hamil ...cuma jgn ambil atau mkn berlebihan .