teknik pernafasan semasa bersalin
hi mummies, saya nk tanya ada teknik atau kaedah yang boleh saya practise semasa nk meneran bersalin tanpa jahitan? saya plans nk bersalin normal tanpa jahitan kalau diizinkan Allah. mungkin ada cara, steps ker boleh kongsi tk...saya tk pernah ada pengalaman.

kalau 1st baby kebanyakan nya new mom doctor akan gunting sedikit utk mudahkan baby keluar. teknik pernafasan ni utk mempercepatkan bukaan kita. kalau bukaan full cpt lg cpt baby keluar. tapi tengok juga condition awak dan baby mcm mna. bergantung pada situasi semasa awak bersalin. sebab kita xboleh nk jangka cara kita nkn bersalin nnt mcm mana. awak kena belajar teknik utk meneran. dan pastikan awak xagkt bontot. dengar arahan doctor nurse bila masa perlu awak teran. macam sy masa 1st baby hampir kena ceaser. tahan sakit 15jam. poor progress bukaan. dah masok OT pon. tp doctor pakar bedah cakap nk cuba normal. jadi baby keluar normal dlm OT. 2nd degree tear. sbb mungkin angkat bontot dh xsedar sbb contraction sakit sgt😅. baby keluar 3.15kg 2nd baby. sy belajar teknik pernafasan. alhamdulillah sekejap je. masok labour room doctor terus ckp soh sy push. terkoyak sendiri. doctor cakap sbb kulit lembut mcm tauhu. jadi doctor jahit sikit. baby keluar 3.52kg. both anak2 sy masa sy pergi hospital bukaan dh 4cm. semoga dipermudahkan urusan awak. semoga proses kelahiran baby awak dipermudahkan ❤️🌻
Baca lagi


