cara naikkan HB

Hi mummies nak tanya macam mana cara betul makan iron tablet yg KK bagi? sebab arahan nurse tu 2biji pagi dan malam dan katanya jangan minum teh, nescafe dan kopi. Atau ada makanan lain atau supplement lain yg boleh naikkan HB?

10 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Sa preggy 24 weeks. 2 bulan lalu sa jumpa pakar pemakanan. Sebab hb darah sa makin turun. Dari 10.6 ke 10.2. Padahal banyak sangat sa ambil makanan sumber zat besi dan makan buah delima tapi hb tak naik. Pakar kata.. jangan ambil makanan sumber zat besi bersamaan kalsium atau apa2 sumber kalsium seperti telur, tauhu atau susu ka apa dan lebih2 lagi kafien. Lebih baik ambil dengan perah limau atau yang asam2 sumber vitamin c. Sebab kalo ambil dengan sumber kalsium.. nanti kalsium tu halang penyerapan untuk zat besi. Sedangkan zat besi tu penting untuk penghasilan darah merah. Sumber makanan zat besi tu macam ikan bilis (boleh ambil segenggam), tempe, ikan, ayam, daging merah, sayur2 warna hijau. Selain itu, lebih baik jarakkn 2 jam antara pengambilan makanan zat besi/ ubat tambah darah dengan sumber kalsium. Sa dah cuba. Baru sebulan. Hb darah dah naik ke 11.5 So sa akan teruskan lah.. hihi..

Baca lagi
4y ago

terima kasihhh sangatt untuk info awak. Nanti saya cuba amalkan

Baik makan subuh. Masa perut kosong makan sekali 2biji. Saya makan 2jam sebelum makan. 2biji selepas subuh. Dan 2biji malam. Saya makan kerang jambu batu buah oren sunkist sayur² hijau. Buah pisang minum horlick tanpa gula. Maksud nurse takboleh minum teh. Jangan minum ubat tu bersama teh. Milo. Kopi atau sbagainya. Kalau nak minum juga. Kena tunggu 3jam selepas makan ubat. Kalau awak minum juga. Takde kesan lah ubat tu pada badan awak. Horlick pun macam tu. Susu pun tak boleh juga minum dengan ubat iron. Kalau awak takde masalah anemia yg teruk insyaa allah. Hb awak akan naik. Saya dah makan macam² makan ubat tak pernah tinggal. Tapi hb sy tak naik² juga. Doktr syak saya ada talasemia. Tapi. Takpe lah. Kita ikhtiar saja. Oh. Hampir trlupa. Saya minum pati delima gulsan. 2sudu pagi dan madu 1 sudu. Kalau saya rajin. Saya minum pati delima tu. 2sudu pagi 2sudu malam. 😊

Baca lagi
4y ago

Thank youuu terangkan 🌼 moga urusan awak pun dipermudah. Kita ni baru first time check hb semua tu. Minggu depan appoinment kalau makan ubat tu hb naik insyaAllah maknanya berkesan laa kot ubat atas badan.

38w2d..2kandungan sblm ni mmng kelaut hb..kndungan ke3 ni..sy dpt ubat obimin..maauk 30w mcm tu dh mula mals nk makan ubat makanan yg tmbh darah pun x ambik dh..dlu stiap kali nk checkup sy makan bayam merah,apricot,dgn jmbu btu xde biji..skng ni x makan pape dh kopi teh semua minum..tp dpt pndapat nk meratah milo serbuk..sehri dpt 2@3 sudu cukup lah..g check up minggu lepas 37w4d hb naik dri 12.1 ke 12.8..alhmdulillah kandungab yg ni xde malah sgt..xde gdm xde drh tinggi hb cntik lagi..masih bertahan lagi dgb stiker putih🤭🤭pdhal umur dh 31 hihi..

Baca lagi
4y ago

Sama mcm sya. Kndungan masuk minggu ke 29, mula malas makan ubat tambah darah. Yg nak dimakan vitamin dgn folic asid. Ubat tambah darah dah malas makan. Lg2 bila makan 2biji pagi. 2 biji malam.

Sy kandungan 39weeks6days..hb 14.4..sy amalkan ubat klinik tanpa skip..., iron table..,1hari amik 2bijik...,tp ubat yg klinik bg.. Sy mkn mlm sebelom tidoq.., hb jd cantik..,cuba la.., selain dari tu.. Bykkan buah jambu batu... Mmg menjadi.., ❤️

4y ago

Thank youuu insyaAllah saya cuba tak skip sebab baru buka buku pink hb dah 10.5

Sya pun pregnant 17w hb 9.8 .. Anak pertama dulu hb 11.5 keatas.. Skrg ni sya cuba vitimin dri farmasi eberet.. Yg KK bagi zincofer mcm x ada kesan sya utk sya.. Esok baru nak check lps mkn eberet ada naik ke tak

4y ago

check last week hb naik 12.4

VIP Member

Kurma pn blh naikkan hb sis.. Horlicks pn blh.. N horlicks blh bykkan susu bdan.. Mcm mna nurse tu suruh mkn ubat tu sis ikot je..

4y ago

thank youu, tips horlicks ni boleh cuba 😋 ceh nak yg sedap je 😂 baiklah saya cuba amalkan ubat kk juga

Makanan sumber kalsium dan tenusu pun penting juga sebenarnya. Tapi kena jarakkan pengambilan dengan sumber zat besi sis.

Kerang,ikan bilis,kacang tanah,hati ayam,sayur bayam..sis tray amalkan

4y ago

😊

Ada terbaca mkn jambu batu..

VIP Member

Makan buah delima