Masa Untuk Menang Hamper Bernilai RM250!!

Mudah sahaja caranya, Mommies! Ikuti langkah-langkah yang telah ditetapkan di sini: https://community.theasianparent.com/contest/komen-menang-hamper-raya-dari-ferns-n-petals/1470

Masa Untuk Menang Hamper Bernilai RM250!!
205 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

menu wajib yg akan sy sediakan adalah lemang...walaupun agak susah nak disediakan tapi tak akan ada nikmat raya tanpa rendang dan lemang... lemang daun tebu buatan saya dan suami memang menu wajib yg akan saya sediakan sendiri demi kepuasan jaudah raya bersama family tersayang... selamat hari raya ☺️☺️☺️☺️

Baca lagi

Makanan wajib perlu ada, rendang ayam,ketupat juga, Kuah kacang pembuka selera, Air tangan sendiri utk jamu keluarga. Snek kudapan harus di jamu, kerepek pisang dan ubi kayu, tak lupa juga kuih bahulu, Untuk hidangan para tetamu. nak menang hamper raya Ferns n Petals juga, pasti meriah raya kak d kali nih..🥰🥰🥰

Baca lagi

Salam Ramadhan Satay! Ye itulah makanan kesukaan saya pada hari raya. Saya tidak pernah melepaskan peluang untuk beraya ke rumah saudara yang menjadikan satay sebagai menu hidangannya. Satay yang dihidangkan dengan kuah kacang dan disusuli dengan nasi himpit bersama sambalnya. Subhanallah sangat menyelerakan. Delicious!

Baca lagi

Paling fav tiap-tiap tahun raya ialah Mee Kuah Daging mak! Memang tak boleh lawan kat mana-mana kedai! And also nasi impit kuah kacang mak mertua😍 Kalau cookies, fav biskut samperit susu & shortbread😍 Dua-dua mak pandai masak & buat cookies so memang tak pernah beli kuih raya sebab balik makan rumah mak saja❤️

Baca lagi

Makanan kesukaan saya pada hari raya di sabah Ayam masak merah , lemang mix kuah kacang 😍 dan biskut2 yang lazat seperti makmur, almond london , cerelac . jikalau menang set hamper raya dari Ferns N Petals , saya memang smngat nak smbut raya sebab due saya lepas raya ni hehe , semoga rezeki untuk anak saya ❤️🥰

Baca lagi

makanan kesukaan sy adalah popia simpul dan sotong merah!!kalau kt sarawak selain kek lapis sarawak, tak ada dua ni atas meja mmg tak sah.. untuk juadah raya,wajib ada ketupat pulut dan rendang daging masak hitam dan kelupis.3 tahun dah tak balik sarawak,tp setiap kali raya sy akan buat suasana rumah sy mcm di sarawak.

Baca lagi
TapFluencer

makanan kesukaan yang wajib disediakan dipagi raya adalah rendang nogori bersama nasi impit, lemang, dan sup tulang. Sarapan sebelum ke masjid untuk menunaikan solat sunat aidilfitri. Balik dari masjid, sambung makan lagi ditambah pula dengan kuih raya seperit semperit dan tart nenas. nyumm... Selamat hari raya semua!

Baca lagi

Hi..Salam warga TAP..Salam Ramadhan Karem.. Menu yang wajib ada di pagi raya untuk family saya ialah ketupat,rendang ayam,sambal fucuk tahu ikan bilis santan,pulut kuning dan lontong.. Alhamdulillah itu pun sudah menjadi hidangan lengkap untuk family saya…Moga ada rezki untuk kami sekeluarga pada kali ini🥰🥰

Baca lagi

Makanan kesukaan dan telah menjadi kewajipan adalah ketupat atau nasi impit,rendang daging dan rendang ayam kampung,kuah lodeh dan sambal kacang.. manakala kuih wajib ada setiap tahun,kek yang saya buat dan kuih sarang semut. utk kuih jenis goreng semestinya kegemaran ayah kami kuih ros atau dipanggil kuih goyang.

Baca lagi

Makanan kesukaan yang wajib disediakan sewaktu Hari Raya Aidilfitri adalah .. ketupat + rendang daging ... Nasi tomato + ayam masak merah 🤤🤤🤤.. Biskut raya yang disukai adalah "Cornflake madu" .. mmg best laa meriah raya .. semoga ad rezeki bby sy dapat set hamper raya dari Fern N Petals .. Aamiin

Baca lagi