Meragam taknak tidur

Hi moms. Anak saya umur 1y3m memang dari lahir susah tidur bila kat luar. Dia hanya akan tidur bila atas katil sahaja. So bila seharian keluar, dia akan menangis sebab mengantuk. Menangis yang berpanjangan sampai mommy letih 😭 ada tak sesiapa pengalaman anak macamni. Sampai bila akan mcm ni ya

1 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hi, mom. Anak saya pun macam tu. Kena ikut flow anak. Saya dan suami takkan keluar seharian. Kami akan balik awal sebab masih lagi jaga jadual tidur dia. Bila jadual tidur anak lari, sleep regression berlaku. Nak kata sampai bila tu tak pasti sebab ia bergantung pada cara awak dan suami latih dan uruskan masa anak.

Baca lagi