Pengambilan kopi

Moms ada tak pengalaman minum kopi awal kehamilan dan keguguran? Trimester pertama

9 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

boleh baca penerangan dr doctor imelda balchin pakar o&g Patient saya tanya, “Doctor, Boleh kaa minum kopi semasa hamil?” Jawapan saya: Memang boleh. Masalahnya ialah kandungan caffeine. Apa yang lebih penting ialah berapa banyak caffeine yang anda ambil dalam sehari. Caffeine itu ada di dalam kopi, teh, koko atau cola dan kita mesti belajar lihat label berapa banyak caffeine di dalam kopi apa yang kita minum. Kalau tak tau, boleh tengok gambar ini sebagai panduan. Kalau hat decaff memang boleh minum tanpa had. Tetapi jika bukan decaff, hadkan kepada 150mg caffeine sehari. Tetapi ada doctor yang kata boleh minum sampai 200mg caffeine sehari? Kenapa doc Imelda kata kurangkan lagi ke 150mg caffeine saja? Jawapannya ialah kajian perubatan telah tunjuk ibu hamil yang minum lebih dari 200mg caffeine boleh ada masalah pembesaran janin dalam kandungan, tetapi kajian perubatan yang lebih baru lagi telah pula menunjukkan ibu hamil yang minum lebih dari 150mg caffeine ada lebih keguguran. Tiada perbezaan yang di lihat dari segi kesihatan janin dalam kandungan, keguguran atau pembesaran jika ibu hamil minum kopi/teh selagi di hadkan tidak melebihi 150mg caffeine sehari. Jadi boleh minum. Jangan berlebihan. Kalau ikut panduan ini, kita tak perlu bimbang. Semua nasihat yang saya sampaikan ialah bukan pendapat saya sendiri tetapi berdasarkan keputusan beberapa gabungan kajian perubatan ke atas beribu-ribu ibu yang hamil yang telah diterbitkan dalam journal perubatan antarabangsa. Maklumat macam ini anda tak boleh dapat dengan menggugel. Bukan hanya satu kajian, dan bukan mengikut pengalaman testimoni atau kata-kata orang naaaaa. Kita mesti lihat fakta dan keputusan kesihatan dari beribu-ribu ibu hamil, bukan pendapat orang naaaaa. Semoga hilang keraguan anda dan boleh minum sedikit kopi atau teh bagi mereka yang teringin. Jangan lupa kurangkan gula naaaaa!!!! Dr Imelda Balchin, Consultant Obstetrician & Gynaecologist, Subspecialist in Maternal & Fetal Medicine, KPJ Damansara Specialist Hospital —————————————————————— Can you drink tea or coffee during pregnancy? Yes you can drink tea and coffee during pregnancy. But you must know the content of caffeine that you take everyday. There is no problem with decaffeinated drinks but limit caffeine intake to 150mg per day. How much caffeine is safe during pregnancy? Medical research has shown that pregnant women who drank more than 200mg caffeine during pregnancy have more problems with fetal growth restriction, and so based on this research, the advise to drink less than 200mg caffeine per day. But more recent research showed that pregnant women who drank more than 150mg caffeine per had more miscarriages than pregnant women who drank less than 150mg caffeine per day. That is why I have always given advice that pregnant women can drink coffee, tea or cocoa but limit your total caffeine intake per day to 150mg. Don’t forget to also limit your sugar intake in your drinks!!! Dr Imelda Balchin, Consultant Obstetrician & Gynaecologist, Subspecialist in Maternal & Fetal Medicine, KPJ Damansara Specialist Hospital

Baca lagi
Post reply image
8mo ago

sama2😊

TapFluencer

Biasanya trimester 1 ni mmg risiko keguguran tu tinggi. Tak kesah la kite jaga elok ke tak jaga ke kalau dia nak berlaku dia akan berlaku juga. Sbab kebiasaan yg gugur trimester 1 ni sbabkan kecacatan janin. Takde kena mengena dngan mkanan kite mkan. Sbab tu ade je orng yg buat lasak mcm mna pun, minum coke ke makan nenas ke baby tetap kuat bertahan. Tp seeloknya kalau kite blh jaga makan jaga la kan. Kalau blh amalkan je la mkan yg sihat2 sbab kite pun nak anak dlam kandungan kite sihat2 and mkan yg elok.

Baca lagi
8mo ago

Selama bby kuat boleh ye. 👍🏻☺️

Hi awak saya pun sukaaa sangat coffee. Memang jenis kalau tak dapat coffee sehari rasa boleh migraine. Masa mula mula pregnant ini adalah salah satu masalah saya juga. Minum coffee ni boleh tapi with moderation. Segelas sehari. Tu had paling mudah untuk ikut. Tapi untuk first trimester try to drink decaf dulu. Kita ni kadang kadang dapat rasa je pun dah cukup. Good luck!

Baca lagi

Sy dari awal pregnant tak lalu minum manis langsunggggg,skrg dah 3 trimester klu keluar mesti minum caffeine,tapi tak kerap la. seminggu sekali atau 3 kali je. nurse kata boleh je minum caffeine,cuma jgn berlebihan & gap dengan makanan yg kite makan & ubat. ☺️

Saya masa first pregnancy tak minum kopi pun gugur jugak. Sekarang pregant kedua hari hari tibai kopi, milo, teh ais. Starbuck takyah cakap la setiap minggu mesti minum. Sekarang masuk 3rd trimester ok lagi cuma HB jela low 😑

Saya ada minum kopi 2-3kali dalam seminggu awal trimester sampai third trimester sekarang. 😅

saya minum kopi, koko, tea, hari² dari sebelum mengandung sampai harini anak dah 15bulan

terima kasih ye info

better elak dlu..