caesar

Hi mommy..nak tanya sini ada yg akan bersalin secara caesar? Apa perasaan sebelum nk mghadapinya?

4 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Masa bersalin anak ke-2, doktor kata baby besar perlu czer. Tp hospital dekat daerah sy berklinik tu kurang bekalan darah jenis A+, so di hantar ke hospital besar di bandar. Disana doktor lain check anggaran berat bayi dlm 3.5-3.6kg.. so dorg suruh sy try bersalin normal. Masa tu dah jam 8mlm. Sy last makan tghari sblum buat check-up yg terakhir sblah petangnya..ptg tu jg kena lapor diri sebab dah 40w1d tp blum ada tanda nak bersalin. Seblumnya nurse tak suruh makan sbb kompom nak czer, so tak la sy makan masa jam 5ptg tu. Bila dekat hospital besar pula tiba² doktor suruh bersalin normal..dah mlm kedai pn dah tutup, suami pn masi dekat Singapore tgu flight balik kk. Keluarga pula d kg.. sebab lapar, tak ada tenaga nak meneran. Masa tu contraction dah kuat. Induce by drip pn tetap tak buka jln.. lagi sakit adalah... Dlm pukul 4 pagi nurse suruh sy cuba teran sikit² tp sy mmg tak boleh meneran dah..lemah sgt..masa tu pasrah sj sy nak czer juga..tp nurse paksa jg cuba teran.. perasaan sy masa tu..marah pun ada.. sbb doktor ini kata czer, doktor itu kata bersalin normal sj, akhirnya sy tak makan apa², kelaparan tak ada tenaga nak meneran.. 12jam menahan sakit yg amat, akhirnya jam 9 pagi esoknya emergency czer selepas 9 jam dlm labor room tak ada progress.. masa masuk dlm bilik bedah, sy nak cepat2 sj berlalu keperitan ni.. 15minit je bayi selamat dilahirkan secara czer dengan berat 3.71kg. Syukur... Tp kesakitan akibat luka czer dan ubat bius tu lagi harus dilalui dengan tabah... Tuhan je tau kesakitan yg kita rasa sis...

Baca lagi

Niat datang nak checkup je tengahari tu. Sudahnya doc kata petang ni kita masuk ot terpaksa czer. Gelabah, nervous, takut, em macam2 la fikiran -ve. Gi solat zohor, doa banyak2, fikir demi anak. Sebab risiko air ketuban dah sikit, contraction lagi. Masatu betul2 37w. Siap2 masuk ot nurse suruh zikir doa nabi yunus banyak2. Sepanjang dalam ot tu zikir nabi yunus jelah. And kena buat konsep redho & redah demi anak. Now anak dah 6m. 🥰 Sis fikir anak sihat & selamat je. Berjuang demi anak 😇inshaAllah...

Baca lagi

Lebih relax sbb kali yg ketiga czer. Tp msa dlm operation room nebes tu ttp ada. Byk² selawat msa operation. Alhamdulillah xsmpai stgh jam baby slmt dikeluarkan. Skrg baby dah 25 hari.

Hujung bulan 10 ni ceaser kali ke 4.. Walaupun da bnyak kali ceaser.. Tetap neves.. Sebab makin banyak kali ceaser.. Makin bertambah risiko