Tekanan Kerja

Hi mommies, Sekarang saya tengah 25 weeks. Saya bekerja as customer service dari rumah. Waktu bekerja saya 12 jam sehari selama 6 hari, dari jam 7 malam sampai 7 pagi. Dan tiada public holiday diambil. Cuti mc dikira unpaid leave. Sejak menjak ni, saya sangat tertekan dengan kerja saya disebabkan oleh manager saya. Dia suka salahkan saya & kawan2 saya. Jika sistem bermasalah atau apa2 mesti kami yang dimarahi. Kitorang pernah bising untuk singkatkan waktu kerja dari 12 ke 9 jam tapi dia boleh kata "saya tak kisah awak nak berhenti, berhenti saja lah". Ayat itu buat kami bertiga sedih dan kecewa kerana dia berjanji bahawa akan masukkan staff baharu untuk menolong kami smpai 6 orang tapi tiada khabar. Kami bertahan kerana dia sngat susah utk mencari pekerja. Skrg kami 3 orang sahaja namuk shift berbeza dan customer yg datang sangatlah ramai sampai kami tidak dpt mengawal mereka. Saya mendapat deppression semasa pregnancy skrg ni. Patutkah saya berhenti dan dapatkan kerja di office daripada bertahan? 😌 Saya penat tertekan dan rasa burn out sangat. Tapi saya takut tiada yg ambil bekerja jika tgh mengandung. #stickerkuning

3 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

memang sedikit susah awak nak cari kerja masa pregnant ni :( kalau ada rezeki, ada lah. pendapat saya, kalau awak masih nak bertahan atas sebab sebab tertentu, then berhenti je lepas bersalin. tapi kalau awak dan husband okay, tiada apa apa masalah, why not awak resign je sekarang dan cari kerja selepas bersalin. so that ada masa juga untuk awak berehat, mentally dan physically.

Baca lagi

ibu2 preggy bnyk kne tindas ketika kerja sbb dia tau kita susah nk dpt kerja waktu2 mcm nie. berbincanglah dgn suami nk stay or resign sbb mc awak pon dia kira unpaid so sgt rugi x tau lah nnty klo cuti bersalin mcm mana. saya bleeding masa 25week saya bincang dgn suami nk resign. klo awak bley dapat kje office lagi bagus sis sbb fasa menyusu anak nnty lg mencabar tau.

Baca lagi

Mc kira unpaid leave blh p fight kt pejbt buruh dh tuu