Demam Biasa & Demam Panas

Hello Mommies, Saya nak share mengenai anak demam biasa ataupun demam panas. Dua hari lalu, anak saya tiba2 panas suhu badannya naik 37.8 Masa ni saya buat cara biasa tuamkan pakai tuala basah, mandikan 4x sehari pakai air sejuk. Tetapi suhu naik turun. Lepas mandi turun sikit, lepas beberapa jam naik lagi, hingga petang beberapa jam sebelum berbuka puasa naik sampai 38.9 (saya masih berdegil berpuasa, sbb kalau saya tak puasa saya boleh minum ubat demam dan direct susukan anak). Dengan suhu tinggi, saya msh buat cara biasa tuamkan pakai tuala & mandikan air sejuk. Bila buka puasa, saya terus minum ubat demam yg saya dapati dari klinik pakar kanak2 (ubat ni doctor bagi masa anak saya demam bulan Feb hari tu tapi saya tak pernah bagi direct kat anak sbb anak msh bawah 1 tahun. Mmg saya tak berani nak bagi direct kat anak). Lepas saya minum ubat demam, saya susukan anak mcm biasa dan monitor suhu setiap satu jam. Alhamdulillah suhu semakin turun. Saya continue minum ubat demam tu empat jam sekali. Sampai subuh lepas sahur, saya cek suhu anak 37.6 saya decided utk tak berpuasa sbb saya nak continue minum ubat demam utk anak. Alhamdulillah cek secara berterusan suhu semakin turun jadi 36.1 Baru rasa lega. Takpelah berkorban puasa 1 hari demi si buah hati kan. Untungnya anak fully breastfeed, jadi kitalah ibu yg minum ubat tersebut dan anak akan dapat minum ubat tersebut dari susu kita. Sedikit perkongsian saya bila anak demam. Semoga bermanfaat.

Demam Biasa & Demam Panas
2 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Terima kasih mommy kerana berkongsi. Semoga bermanfaat untuk mommies yang lain😊

hi sis, betul menjadi ke utk bby bf yg demam, kita yg mkn ubat?