Berapa Bacaan HB yang Dikira Merbahaya?
Hi Mommies. Sy pregnant 12weeks. Pagi ni saya bangun tido rasa lapar sangat. Trus sarapan apa semua. Tapi still rasa xsedap. Jantung berdebar, rasa mengah, bila berdiri rasa nak tumbang. Berdiri sekejap je pn. Bangun nak gi tandas rasa lelah, badan shaking, and rasa nak muntah. Sudahnya melepek je saya dari pagi sampai tghari ni. Tak larat nk bangun. Saya tahu hb sy rendah. Sebab selalu rasa macam ni. Waktu kerja pn sama. Muka pucat. Xbermaya. Office mate slalu tegur Muka saya nampak pucat. Bila sy jumpa doktor, Selalunya doktor nasihatkan saya makan makanan2 yang banyak zat besi. Tu je. Skrg, kalau rasa macam ni xtau dah nak buat apa.?