Ectopic tapi bukan ectopic

Hi mommies sy baru lepas operation utk ectopic pregnancy (kandungan luar rahim) sebab scan at 5w hanya dinding rahim tebal tak nampak kantung and ada free fluid. Sy warded di gov hosp and doc pakar scan transvaginal mula2 tak nampak tapi lepas dia godek2 ttbe dia ckp dkt tiub ada bengkak so dia assume janin membesar dalam tiub. Malam tu sy terus operation and surprisingly doc bedah cakap nothings there. Tiub fallopio, ovari semua ok. So doc suspect maybe early pregnancy so repeat scan next week. So sy still takut lagi. Tp kan sia2 jela perut sy kene tebuk last2 negative finding 🥹🥹🥹 apepun doakan pregnancy sy sebenarnya baik2 je

9 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Dear Mummy, Dr Ob Gyn here. Mummy kena faham doctor bukan tuhan jugak Dan saya bukannya marah pertame sekali mummy kena faham kenapa Dr mummy suruh 0roceed diagnostic laparoscopic... Pe4kataan diagnostic laparoscopy tu pening sangat because ini menyatakan bahawa op ni adalah salah satu cara nak confirm sama ada puan will be having ectopic ke tak as all scan findings Dr hanya adalah 70% betul semantap apa pun Dr tu... Dr mummy jadi lagi stress pulak bila nampak free fluid (ertinya darah sedang berkumpul kat area luar ard the Rahim tu which is a sign sedang berdarah.. Fallopian Tube wanita tidak ada kekuatan untuk tampung baby.... So kalau baby mula me besar kat Fallopian Tube salah satu masa dia boleh pecah dan berdarah sampai menyebabkan ibu meninggal dunia.... Untuk pastikan dia ectopic atau bukan Dr mummy would have suggested option permbedahan... Semua sebab Dr tahu risiko kepada seorang mummy kalau dia ectopic... At the same time mummy mummy kat luar Sana I selalu dapat pt 4w or 5 w datang recurrent every 2 days scan nak tengok sama ada dah boleh nampak jantung which is sometimes to early mummy mummy... Protocol hospital kerajaan bila ini berlaku adalah untuk memastikan dia bukan KANDUNGAN luar Rahim... So datang lah extra testing hormone hcg every 48 hours and diagnostic laparoscopy.. 7 weeks is the best time nak go do booking scan.... See dr bukan marah ni tapi Dr nak bagi semua org do luar ada ke fahaman yg betul... Jangan ikut dengar org yg bagi informasi salah.... Supaya mummy mummy buat benda yg betul untuk baby mummy...

Baca lagi

saya hari tu scan 6 week masih tak nampak kantung, malah ujian hcg pun -ve d KK. padahal dah cek upt 4 kali di rumah smua +ve. kalau ectopic kita blh tau, ada pendarahan dan sakit cramp yg teramat sangat. semoga sis dipermudahkan dan baik² saja.

2mo ago

Jadi sis mmg mengandung luar rahim ke haritu? Mcm sy check hcg lepas 48 jam naik tinggi.. so maybe early pregnancy

jgn percaya doc gov..dulu sy pon dh kena.. sy kguguran tapi deorg ckp kandungan anggur (molar pregnancy) dh mcm tikus makmal dbuatnya..last2 good news kandungan biasa yg ggur...lpas tu xprnah pg gov lgi..trauma

2mo ago

yes no more ..prefer swasta lagi

oh no. 5w is too early utk deduce as ectopic ya. 5w dinding rahim menebal tu perkara biasa

awk.. sy mengalami kes yg sama.. awk hospital mana? sy di Ipoh. 🥲 saje2 je kita sakit 😩

2mo ago

ni berlaku 2 tahun lepas dah.. seminggu selepas operation saya gugur sendiri di rumah.. Alhamdulillah lepas tu sy pregnant yg lain dan anak dh setahun dah skrg. Pengajaran buat saya, jgn scan awal2 sgt.. selagi tak ada apa2 simptom. dan cuba dptkan 2nd opinion juga kalau mcm ni. Saya masa tu penat nangis sbb takut kena operate. Samalah bius penuh juga sekali x ada apa2 pun.. Sy doakan semoga urusan awk dipermudahkan. buat solat hajat sama minta Allah tunjukkan dan permudahkan.

masa awak scan 5 weeks tu dekat klinik kerajaan atau swasta sis?

Sis saya pun week 5 hanya nampak bahagian rahim membengkak

2mo ago

Betul at least tunggu je sampai 8weeks ke atas

alhamdulillah... semoga baik baik je .

VIP Member

semoga baik2 saja, tkejut baca ada kes mcmni

2mo ago

Tula sy rasa sbnrnya masih awal.. sy pun terkejut kenapa doc terus decide utk operation.. 2 kali sy tanya confirm ke. Dia cakap mmg confirm sbb dh nampak tiub bengkak. Esoknya doc bedah tu tunjuk gambar tiub sy tak bengkak pun elok je 😖😖 sy pun tak sangka sy boleh berdepan kes mcm ni. Sbb dh mcm buat major operation sampai bius full body