Ectopic tapi bukan ectopic

Hi mommies sy baru lepas operation utk ectopic pregnancy (kandungan luar rahim) sebab scan at 5w hanya dinding rahim tebal tak nampak kantung and ada free fluid. Sy warded di gov hosp and doc pakar scan transvaginal mula2 tak nampak tapi lepas dia godek2 ttbe dia ckp dkt tiub ada bengkak so dia assume janin membesar dalam tiub. Malam tu sy terus operation and surprisingly doc bedah cakap nothings there. Tiub fallopio, ovari semua ok. So doc suspect maybe early pregnancy so repeat scan next week. So sy still takut lagi. Tp kan sia2 jela perut sy kene tebuk last2 negative finding 🥹🥹🥹 apepun doakan pregnancy sy sebenarnya baik2 je

9 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

awk.. sy mengalami kes yg sama.. awk hospital mana? sy di Ipoh. 🥲 saje2 je kita sakit 😩

1y ago

ni berlaku 2 tahun lepas dah.. seminggu selepas operation saya gugur sendiri di rumah.. Alhamdulillah lepas tu sy pregnant yg lain dan anak dh setahun dah skrg. Pengajaran buat saya, jgn scan awal2 sgt.. selagi tak ada apa2 simptom. dan cuba dptkan 2nd opinion juga kalau mcm ni. Saya masa tu penat nangis sbb takut kena operate. Samalah bius penuh juga sekali x ada apa2 pun.. Sy doakan semoga urusan awk dipermudahkan. buat solat hajat sama minta Allah tunjukkan dan permudahkan.