Hospital bag

Hi mommies. Sihat ke semua? Saya due 4/9 ni dah prepare barang utk ke labour room nanti. Saya nak tanya biasanya mommies bawak baju utk berapa hari ye? Over tak kalau bawak luggage je rasa macam tak larat nak sandang/pikul 🥹

11 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Beg warded tu nanti bkn awk yg bawak sis tp suami/ penjaga. Masa sakit2 masuk LR tu guard mmg tak kasi ibu pregnant bawak apa2 sebenarnya. Sy prepare beg galas belakang je sbb nanti husband dtg jemput kita balik kan dia kena tolak kita atas wheelchair. Kita pula pgg baby. So agak susah nak angkut balik kalau bawak beg selain beg galas. Barang baby sy siapkan untuk 2 hari je dlm beg tu pack semua dlm ziplock, 1 tuala sy, toiletries, 1 baju check out dan biskut sepeket. Itu sahaja. Beg ni simpan dlm kereta untuk suami hantar masa dah warded nanti. Kalau brg tak cukup pun, hari pertama warded tu boleh je husband hantar brg tambahan. Masa layan contraction sy bawa beg galas sport yg kecik tu untk isi buku pink, thermos kecik isi air, baju baby di labor room dlm 1 ziplock, powerbank, fon.. Total 2 beg yg simple je

Baca lagi
2y ago

Ini beg galas sport untuk sy bwk masuk LR. Anak ketiga dah ni. Btw, due date sy pon 4/9. Tp sy harap baby keluar 31/8 dpt la anak merdeka sorang 😂

Post reply image